Maksud Di Sebalik Ucapan 'Gong Xi Fa Cai’ Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Maksud Di Sebalik Ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’ Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Posted by

Gong Xi Fa Cai adalah perkataan dalam bahasa Mandarin yang bermaksud ‘tahniah semoga mendapat lebih kekayaan’ manakala terjemahan Kantonisnya pula membawa maksud ‘semoga anda bahagia dan sejahtera.’

Ucapan ini telah digunakan secara meluas sejak 221 BC iaitu sebelum zaman Dinasti Qin lagi.

Kalau anda nak tahu, sesetengah masyarakat Cina lebih gemar menyebut ‘Xin Nian Kuai Le’ yang bermaksud ‘Selamat Tahun Baru’. ‘Kuai Le’ bermaksud ‘gembira’ atau ‘menggembirakan’ manakala ‘Xin Nian’ bermaksud ‘Tahun Baru’.

Lazimnya, ‘Gong Xi Fa Cai’ disebut sesama mereka yang berniaga dan juga rakan sekerja.

Artikel berkaitan: 12 Interesting Facts That You Might Not Know About Chinese New Year

‘Gong Hey Fat Choy’ pula adalah ucapan dalam bahasa Kantonis yang membawa maksud yang sama seperti ‘Gong Xi Fa Cai’ iaitu ‘tahniah dan kekayaan’. ‘Gong Xi’ bermaksud tahniah atau dengan hormat berhasrat kegembiraan. ‘Fa Cai’ bermaksud menjadi kaya atau ingin buat duit. 

Selain ketiga-tiga ucapan ini, terdapat satu lagi cara yang menyeronokkan apabila menyapa masyarakat Cina pada musim Tahun Baru Cina ini iaitu: ‘Hong Bao Na Lai’ yang bermaksud ‘angpau merah please!’

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda yang sebelum ini tidak cakna. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: NC State University, The Star

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *