‘Job Hopping’: Lebih Banyak Kebaikan Atau Keburukan?

‘Job Hopping’: Lebih Banyak Kebaikan Atau Keburukan?

Posted by

Job hopping atau melompat kerja merujuk kepada amalan atau sikap bertukar-tukar kerja dalam tempoh masa yang singkat. Sesetengah individu takut untuk job hopping kerana risau syarikat atau perekrut akan menganggap diri mereka sebagai pekerja yang negatif, malas, tidak boleh dipercayai dan mementingkan diri sendiri.

Manakala ada juga yang berpandangan dengan job hopping, mereka akan mendapat kenaikan gaji yang lumayan di samping persekitaran pejabat yang lebih kondusif.

Jadi persoalannya, adakah job hopping ini mendatangkan lebih banyak kebaikan atau keburukan? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan empat kebaikan dan keburukan job hopping.

Kebaikan job hopping (melompat kerja)

‘Job Hopping’: Lebih Banyak Kebaikan Atau Keburukan?

1. Dapat cari pengalaman baharu

Bekerja di syarikat baharu menjanjikan pengalaman baharu kerana ia menawarkan peluang untuk menyelami budaya organisasi yang berbeza.

2. Career growth (kemajuan kerjaya)

Job hopping bermaksud anda akan diberi tanggungjawab atau pangkat yang lebih tinggi berbanding kerja sebelum ini/sedia ada.

Pendekatan ini terbukti lebih pantas dan berfaedah daripada menunggu tawaran kenaikan pangkat di syarikat lama.

3. Faedah yang lebih baik

Job hopping bermakna anda juga akan mendapat faedah yang lebih baik dari segi gaji dan elaun. Lazimnya, perubahan ini akan menjadi lebih menguntungkan bagi individu yang sering bertukar-tukar kerja.

4. Dapat mempelajari kemahiran baharu

Setiap pertukaran pekerjaan, akan memberikan anda banyak kemahiran dna pengalaman baharu. Hal ini kerana setiap jawatan dan syarikat mempunyai cara kerja yang berbeza.

Keburukan job hopping (melompat kerja)

‘Job Hopping’: Lebih Banyak Kebaikan Atau Keburukan?

1. Semakin stres

Ketidakpastian diterima bekerja boleh menyebabkan stres yang berpanjangan. Pekerjaan yang baik dan sihat menjanjikan kestabilan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi mental.

2. Peluang pekerjaan yang tidak terjamin

Dalam ekonomi yang tidak menentu ini, mencari pekerjaan boleh menjadi satu perkara yang sangat mencabar. Selain itu, masih terdapat syarikat yang salah menilai individu yang kerap melompat kerja.

Artikel berkaitan: Tips Mudah Ini ‘Confirm’ Boleh Tingkatkan Peluang Anda Untuk Dapat Interview Kerja!

3. Faedah yang tidak memuaskan

Walaupun dijanjikan pelbagai faedah gaji dan cuti, anda mungkin tidak mendapat kesemua faedah yang ditawarkan selepas anda bekerja di syarikat yang dimohon. Anda mungkin tidak mempunyai bilangan cuti, nilai insurans atau bonus yang sama dengan orang lain.

4. Kurang mahir dalam semua kemahiran

Walaupun memiliki pelbagai pengalaman dan kemahiran, ada kemungkinan anda tidak mahir sepenuhnya dalam kemahiran tersebut. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan panduan buat anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *