5 Jenis Muzik Ini Bantu Anda Untuk Kekal Fokus

5 Jenis Muzik Ini Bantu Anda Untuk Kekal Fokus

Posted by

Kajian membuktikan bahawa individu yang mendengar muzik dapat menyiapkan tugasan dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mendengar muzik. Selain itu, individu yang mendengar muzik biasanya mempunyai idea yang lebih baik dan kreatif.

Berikut adalah antara lima jenis muzik yang boleh membantu anda untuk kekal fokus ketika sedang bekerja atau menyiapkan tugasan.

1. Muzik klasik

Kajian menunjukkan bahawa muzik klasik dapat meningkatkan konsentrasi ketika sedang bekerja atau belajar. Muzik klasik biasanya tidak mempunyai lirik kerana ini dapat membantu merangsang minda dan dapat membuat anda lebih fokus.

2. Muzik instrumental

Instrumental adalah pilihan yang baik untuk muzik fokus kerana bukan sahaja tidak mempunyai lirik, bahkan ia juga boleh diperoleh daripada mana-mana genre muzik.

Ini membolehkan pendengar membuat keputusan tentang genre atau gaya muzik yang mereka ingin dengar tanpa perlu risau terganggu dengan lirik.

Contoh jenis muzik ini adalah bunyi piano atau petikan gitar. Selain itu, terdapat banyak senarai muzik instrumental yang tersedia dalam perkhidmatan penstriman dan platform penciptaan kandungan yang menampilkan pelbagai senarai lagu dalam bentuk instrumental. 

3. Bunyi alam semula jadi

Mendengarkan muzik seperti bunyi-bunyian alam dapat meningkatkan fungsi kognitif seperti kemampuan berfikir, belajar dan mengingat. Anda boleh memilih muzik suara alam yang tenang, seperti air mengalir, burung berkicauan, hembusan angin, dan sebagainya.

4. Bunyi persekitaran (ambient)

Bunyi persekitaran adalah bunyi yang sering didengari manusia, maka ia tidak diproses sebagai bunyi baharu atau mengganggu. Antara contoh, bunyi persekitaran termasuklah kedai kopi, bunyi bandar, kanak-kanak ketawa, dengkuran kucing dan sebagainya. 

Artikel berkaitan: Muzik Dan Kesannya Terhadap Produktiviti Di Tempat Kerja

5. Muzik permainan video

Muzik permainan video adalah cara yang baik untuk meningkatkan produktiviti untuk pemain dan bukan pemain. Terdapat spektrum luas muzik permainan video yang tersedia untuk dipilih dari segi bunyi dan struktur yang ideal.

Muzik permainan video sangat jarang mempunyai perkataan dan boleh menjadi fantastik, berirama atau ceria serta bermotivasi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *