Ini Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Cenderung Untuk Bekerja Di Singapura Dan Brunei

Ini Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Cenderung Untuk Bekerja Di Singapura Dan Brunei

Posted by

Tidak dinafikan lagi bahawa sudah ramai rakyat Malaysia lebih cenderung untuk bekerja di Singapura dan Brunei berbanding bekerja di negara sendiri. 

Ini kerana, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mahupun Brunei mempunyai peluang pekerjaan dan persekitaran kerja yang lebih baik, gaji lebih lumayan serta kadar pertukaran mata wang Singapura dan Brunei yang tinggi.

Analisis terperinci yang dibuat menerusi kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu Kajian Diaspora Malaysia di Brunei Darussalam pada tahun 2023 dan Kajian Perlindungan Keselamatan Sosial Rakyat Malaysia Bekerja Di Luar Negara: Singapura pada tahun 2022 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai peluang dan ruang untuk terus memilih bekerja di luar negara.

Ini kerana, pendidikan Malaysia lebih diiktiraf di luar negara sehingga membolehkan pekerja dengan tahap pendidikan minimum SPM berjaya meningkatkan kerjaya mereka daripada pekerjaan berkemahiran rendah kepada separa mahir atau mahir di Singapura dan Brunei.

Bukan itu sahaja, pekerja dengan kelulusan tertiari (pendidikan tinggi) turut diiktiraf di peringkat antarabangsa dan ia memberikan peluang kerjaya lebih luas kepada warganegara malah sebagai satu pengiktirafan kepada institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

Artikel berkaitan: Tips Cari Kerja di Singapura untuk Rakyat Malaysia

Untuk pengetahuan, kira-kira 66.7% tenaga kerja Malaysia yang bekerja di Singapura menerima gaji kasar di antara S$1,500 (RM5,330) hingga S$3,599 (RM12,780) sebulan dan 18.5% menerima gaji di antara S$3,600 (RM12,800) hingga S$9,999 (RM35,530) sebulan, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagi yang bekerja di Brunei Darussalam pula, 41.3% responden yang bekerja ​​menerima gaji kasar bulanan di antara B$1,000 (RM3,550) hingga B$3,000 (RM10,660) dan 43.5% lagi menerima gaji kasar bulanan di antara B$3,001 (RM10,670) hingga B$10,000 sebulan (RM35,550).

Jumlah gaji kasar bulanan tertinggi yang direkodkan di Singapura adalah S$18,000 (RM64,000) dan B$15,000 (RM53,300) di Brunei.

Selain itu, analisis berkenaan mendapati lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang berkhidmat dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara bekerja sebagai pekerja mahir dan separa mahir.

Manakala pekerja yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda dan bekerja sebagai pekerja Mahir di kedua-dua negara itu, majoriti berumur 25 tahun hingga 34 tahun.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Buletin TV3, Sinar Harian


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *