Lelaki Berusia 70 Tahun Ini Jadi ‘Grab Rider’ Untuk Sara Keluarga

Lelaki Berusia 70 Tahun Ini Jadi ‘Grab Rider’ Untuk Sara Keluarga

Posted by

Biarpun usianya sudah mencecah 70 tahun, namun kegigihan Zakaria Abdul Wahab yang bekerja sebagai penunggang Grab (Grab rider) demi mencari punca pendapatan untuk menyara isteri serta dua orang anak bujangnya yang menganggur perlu diberi perhatian.

Bagi Zakaria, di sebalik tuntutan fizikal dan turun naik dalam pendapatan, terutamanya semasa cuaca buruk, Zakaria tetap bertekad dalam komitmennya untuk menyara keluarga.

Menurut Zakaria, dia lebih gemar berbual santai dengan rakan penunggang yang lain semasa rehat sebentar di gerai mamak berbanding menghabiskan masa dengan berehat di rumah.

Jelas Zakaria lagi, walaupun tanggungjawab terpikul di bahunya, Zakaria tidak berputus asa. Zakaria mengakui ketidakcukupan bantuan daripada kerajaan untuknya terus hidup dan membayar bil-bil bulanan.

“Kalau kerajaan boleh bagi RM2,000 ke RM3,000 setiap bulan, maka saya akan berhenti buat kerja ini!” sindir Zakaria ketika dalam temu bualnya bersama FMT.

Walaupun sudah lanjut usia, motivasi utama Zakaria untuk bekerja adalah keluarganya. Zakaria sedar bahawa menyara kehidupan keluarganya adalah tanggungjawabnya. 

Zakaria memutuskan untuk melakukan ini kerana mereka memerlukan wang untuk perbelanjaan harian. Isteri dan kedua anak lelakinya yang turut tinggal bersamanya masih menganggur. Jadi, Zakaria terpaksa menanggung mereka dengan bekerja.

Apa yang lebih mengagumkan apabila Zakaria setakat ini tidak menyatakan hasrat untuk bersara, kerana tahap kesihatannya yang baik dan keseronokan yang dirasai sebagai seorang penunggang Grab.

Untuk pengetahuan, Zakaria menjadi penunggang Grab bermula Ogos 2021 selepas beliau bersara. Pendapatan yang diperolehnya sebagai seorang Grab rider adalah sehingga RM100 sehari.

Artikel berkaitan: How much can you earn as a Grab driver in Malaysia?

Semoga perkongsian ini memberi motivasi kepada anda semua terutamanya golongan anak muda yang malas untuk bekerja. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *