6 Tips Elak Jadi Mangsa ‘Job Scam’

6 Tips Elak Jadi Mangsa ‘Job Scam’

Posted by

Sindiket penipuan pekerjaan atau lebih dikenali sebagai job scam yang berlaku di Malaysia sudah semakin berleluasa dan meningkat pada setiap tahun.

Individu yang terdesak dan sangat-sangat memerlukan pekerjaan sering menjadi sasaran penipu ataupun scammer yang cuba untuk memanipulasi mereka dengan menawarkan pekerjaan palsu.

Sekiranya iklan pekerjaan dalam talian kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan, ada kemungkinan besar ia tidak boleh dipercayai.

Terdapat beberapa modus operandi yang digunakan oleh scammer yang menyamar sebagai majikan atau perekrut yang sah.

Untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa job scam, berikut kami kongsikan 6 tips yang anda boleh jadikan panduan pada masa akan datang.

1. Berwaspada dengan alamat e-mel yang mereka gunakan

Scammer boleh mencuri mana-mana nama dan logo syarikat untuk membuatkan mereka kelihatan boleh dipercayai. Jangan terus percaya hanya dengan melihat logo atau nama syarikat.

Proses yang tepat adalah, HR atau hiring manager akan menghubungi anda melalui e-mel korporat dan bukan Gmail, Hotmail, AOL, Yahoo atau alamat e-mel peribadi yang lain.

Untuk memastikan anda tidak menjadi mangsa job scam, anda boleh mencari mencari nama individu atau syarikat yang menawarkan kerja itu di LinkedIn dan Glassdoor untuk melihat sama ada mereka benar-benar wujud atau sebaliknya.

2. Cari kerja di laman web yang dipercayai

Laman web carian kerja seperti LinkedIn, Indeed dan sebagainya akan memastikan anda berhubung dan berinteraksi dengan dengan majikan yang sah kerana platform ini mempunyai proses penyaringan mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, anda perlu tetap berwaspada dan mengikuti peraturan lain untuk mengesan dan mengelakkan penipuan pekerjaan dalam talian.

3. Perhatikan iklan jawatan kosong sebelum memohon 

Sebelum memohon iklan jawatan kosong, ambil masa untuk teliti iklan tersebut. Cari perkataan yang mencurigakan seperti ‘pindahan wang’ atau kesalahan ejaan.

Tips ini bukan sahaja akan membantu anda untuk kenal pasti iklan kerja palsu bahkan ia juga akan membantu anda mencari kerja yang tepat. Semak dengan teliti iklan kerja tersebut agar anda boleh sesuaikan dengan resume anda. 

4. Jangan dedahkan maklumat perbankan, kad kredit dan sebagainya

Sekiranya anda disuruh untuk mendedahkan maklumat kewangan, ketahuilah bahawa anda sedang dipancing untuk ditipu.

Satu-satunya sebab yang memungkinkan anda untuk menyerahkan segala maklumat ini adalah sekiranya mereka meminta routing number (nombor penghalaan) untuk membayar deposit langsung. Tetapi, maklumat ini hanya perlu diserahkan selepas anda sah diterima bekerja dan sudah berjumpa dengan majikan atau pengurus secara bersemuka.

Jangan sesekali mendedahkan maklumat sulit ini semasa proses temu duga secara dalam talian atau panggilan telefon. 

5. Jangan terima atau setuju untuk pindahkan wang

Scammer mungkin akan meminta anda menerima wang daripada mereka dan menyimpan sebahagian untuk diri sendiri sebagai bayaran dan menyerahkan selebihnya kepada orang lain (selalunya melalui pindahan wang dalam talian).

Dalam hampir kesemua kes, wang anda sebenarnya telah dicuri. Anda tidak sepatutnya bersetuju untuk membantu memindahkan atau menyampaikan wang atas sebarang sebab sebagai pencari kerja.

Jangan sekali-kali bersetuju untuk menyimpan dana ke dalam mana-mana akaun anda semasa proses pencarian kerja. 

6. Jangan lakukan sebarang pembayaran untuk dapatkan kerja

Majikan tidak akan meminta anda menghantar wang untuk mendapatkan pekerjaan. Sekiranya anda diminta menghantar wang untuk menampung kos permulaan, yuran, pelaburan awal, inventori atau apa-apa sahaja, kemungkinan besar ini adalah satu penipuan dan elakkan daripada terus berurusan dengan mereka serta-merta.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Artikel berkaitan: 10 Jenis ‘Job Scam’ & Cara Untuk Elakkan Diri Dari Ditipu

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *