Kemaskini (update) terbaharu ChatGPT adalah, pengenalan ciri “Read Aloud”, yang mana membolehkan ChatGPT membacakan kepada anda hasil kandungan yang dijana melalui platform berkenaan.
Ciri baharu ini diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih Android dan iOS, selain turut sedang diperkenalkan secara berperingkat pada versi web. Untuk menggunakannya, selepas sesuatu teks atau kandungan dijana ChatGPT, anda hanya perlu tekan pada mesej berkenaan seketika, dan seterusnya memilih menu “Read Aloud”.
Sebuah pemain (player) akan dibuka dan ia akan bacakan kepada anda hasil yang dijana.
Lebih menarik lagi, ciri ini turut menyokong sokongan membaca teks dalam Bahasa Malaysia, tanpa sebarang masalah.
ChatGPT can now read responses to you.
On iOS or Android, tap and hold the message and then tap “Read Aloud”. We’ve also started rolling on web – click the "Read Aloud" button below the message. pic.twitter.com/KevIkgAFbG
— OpenAI (@OpenAI) March 4, 2024
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Artikel berkaitan: 5 AI Tools To Boost Your Job Search
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com