Akibat Tekanan Kerja Berlebihan, Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di Singapura

Akibat Tekanan Kerja Berlebihan, Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di Singapura

Posted by

Memetik laporan China Press, seorang pekerja Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Singapura akibat tekanan kerja yang berlebihan.

Insiden yang berlaku ini merupakan antara tekanan emosi dan fizikal yang dialami oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang merentasi sempadan demi mengejar peluang ekonomi yang lebih baik.

Artikel berkaitan: Ini Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Cenderung Untuk Bekerja Di Singapura Dan Brunei

Peristiwa yang diceritakan oleh seorang warganet dalam catatan Facebooknya menjelaskan detik-detik terakhir mangsa, yang dikenal pasti sebagai rakan sekerjanya.

Menurut akaun tersebut, rakan sekerjanya itu merupakan seorang rakyat Malaysia, berbangsa Melayu yang bekerja di Singapura. Mangsa rebah di dalam tandas sebelum dikejarkan ke hospital, tetapi malangnya tidak dapat diselamatkan. Semasa ditemui oleh rakannya, kelihatan matanya sudah mula membiru dengan kepalanya lebam.

Akibat Tekanan Kerja Berlebihan, Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di Singapura

Di ruangan komen, warganet menitipkan ucapan takziah kepada mangsa sambil membincangkan tekanan kerja dan cabaran kehidupan yang serba serbi mahal.

Kejadian ini adalah sebagai peringatan kepada kita semua tentang keperluan untuk mengutamakan kesihatan dalam usaha mencari rezeki.

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *