Ini Fakta Menarik Tentang Hari Wanita Sedunia!

Ini Fakta Menarik Tentang Hari Wanita Sedunia!

Posted by

Tanggal 8 Mac setiap tahun merupakan hari yang sangat bermakna buat para wanita di seluruh dunia kerana Hari Wanita Sedunia disambut bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan.

Berikut kami kongsikan 7 fakta menarik tentang Hari Wanita Sedunia yang mungkin anda tidak cakna.

Artikel berkaitan: 5 Ciri Anda Seorang Wanita Yang Hebat

  1. Hari Wanita Sedunia adalah hari untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi mahupun politik.
  2. Kemunculan idea hari wanita ini bermula pada awal abad ke-20 dengan dua peristiwa penting pergerakan wanita di Amerika Utara dan rantau Eropah. Tujuannya adalah untuk mengiktiraf perjuangan wanita untuk hak memilih, keadilan pekerjaan dan hak asasi manusia.
  • Hari Wanita Sedunia pertama kali diraikan di Amerika Syarikat pada 28 Februari 1909 yang didedikasikan oleh Parti Sosialis Amerika sebagai penghormatan kepada mogok pekerja pakaian 1908 di New York yang mana wanita memprotes syarat kerja yang keras.
  • Pada tahun 1917, wanita di Rusia memilih untuk memprotes dan mogok di bawah slogan “Roti dan Keamanan” pada hari Ahad terakhir bulan Februari yang jatuh pada 8 Mac pada kalendar Gregorian). Pergerakan mereka akhirnya membawa kepada penggubalan hak pilihan raya wanita di Rusia.
  • Pada tahun 1945, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi perjanjian antarabangsa pertama untuk mengesahkan prinsip kesaksamaan antara wanita dan lelaki. Kemudian, pada 8 Mac 1975, PBB meraikan Hari Wanita sedunia secara rasmi buat kali pertama.
  • Ia menjadi semakin penting dan diiktiraf secara meluas pada 1977 apabila Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan 8 Mac sebagai Hari Wanita Antarabangsa.
  1. Pada Februari 1909, bantahan dan protes telah berlaku dalam kalangan wanita di Amerika Utara tentang hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut. Bantahan itu diketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.

4. Pada Ogos 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis kali ke-2 di Eropah mencadangkan agar Hari Wanita itu turut dijadikan hari rasmi bagi wanita di seluruh dunia sebelum dipersetujui 27 delegasi yang hadir ketika itu. Ketika itu, Hari Wanita Sedunia menjadi milik semua para wanita.

Ini Fakta Menarik Tentang Hari Wanita Sedunia!

5. Warna ungu, hijau dan putih pernah dijadikan warna tema Hari Wanita Sedunia di mana hijau melambangkan sebuah harapan manakala putih pula tanda kesucian.

6. Hari Wanita mula disambut pada 19 Mac 1911 di Jerman, Austria, Denmark dan Switzerland yang melibatkan himpunan besar-besaran dalam kalangan wanita.

7. Tema Hari Wanita Sedunia bagi tahun 2024 adalah “Wanita Dijulang Negara Gemilang” yang memberikan penekanan betapa pentingnya mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan jantina pada semua peringkat, sebagai usaha memartabatkan wanita di negara ini.

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Buletin TV3, Astro Awani

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *