73% Pekerja Tidak Mempunyai Hubungan Sihat Dengan Kerja, Lapor Kajian HP

73% Pekerja Tidak Mempunyai Hubungan Sihat Dengan Kerja, Lapor Kajian HP

Posted by

Memetik laporan daripada Work Relationship Index daripada HP, seramai 73% pekerja mengaku bahawa mereka tidak mempunyai hubungan yang baik dengan kerja mereka. Kajian tersebut telah mengumpulkan maklum balas daripada lebih 15,600 responden dari 12 negara.

Kesan hubungan yang tidak sihat ini bukan sahaja buruk kepada pekerja tetapi juga kepada syarikat yang membayar gaji mereka. Seramai 71% responden juga menjawab mereka ingin diberikan kelonggaran untuk bekerja menggunakan masa yang lebih fleksibel mengikut jadual masing-masing.. 

Hanya 26% mengatakan mereka menikmatinya secara konsisten di tempat kerja.

Manakala 64% lagi diberikan pilihan untuk bekerja di rumah atau di pejabat mengikut keperluan. Seramai 72% responden sanggup mengambil potongan gaji jika diberikan pilihan bekerja di mana sahaja mereka mahukan.

Impak penggunaan kecerdasan buatan (AI) juga turut diulas. Sebanyak 42% tidak begitu yakin apabila ia perlu digunakan di tempat kerja dengan 41% merasakan mereka tidak cukup bersedia untuk memanfaatkan potensi penuh AI dalam tugas mereka.

Disebabkan itu, antara cadangan yang diberikan oleh HP adalah majikan perlu mempunyai empati dan mendengar keperluan pekerja. Majikan juga perlu menyedari bahawa pekerja juga berminat untuk mengintegrasikan AI dalam kerja mereka cuma pekerja perlu diberikan tunjuk ajar tentang bagaimana ia boleh digunakan dengan betul bagi meningkatkan produktiviti pekerja dan juga syarikat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *