Potensi diri bermaksud kemampuan, kekuatan, kelebihan atau keupayaan yang dimiliki seseorang sama ada sifatnya sudah lama terwujud atau belum terwujud secara optimum.
Potensi diri dapat berkembang melalui bakat yang sudah diajar sejak lahir, dan kemudiannya terus diasah melalui usaha dan kerja keras.
Artikel berkaitan: 8 Tip Rangkaian Kerja Untuk Personaliti Introvert
Berikut kami kongsikan lima cara mudah untuk anda cari tahu potensi diri anda.
1. Ambil ujian personaliti
Personaliti diri boleh ditentukan melalui pelbagai ujian. Anda boleh mengambil ujian personaliti diri secara dalam talian ataupun rujuk kepada mana-mana pihak yang berkelayakan.
Dengan mengambil ujian ini, anda akan mengetahui kecerdasan dominan yang ada pada diri.
2. Kenal pasti minat
Cuba kenal pasti apa minat anda. Pada masa-masa tertentu pasti ada sesuatu perkara yang anda suka lakukan. Boleh jadi perkara tersebut adalah satu sumber kecenderungan anda.
Sebagai contoh, anda bekerja sebagai kerani tapi pada masa lapang anda gemar untuk memasak.
3. Dapatkan maklum balas orang terdekat
Orang di sekeliling adalah antara individu yang boleh mengenal pasti potensi di anda. Dapatkan pandangan dan komen daripada mereka. Kemudian, cuba berlapang dada apabila menerima teguran.
Semak balik semua maklum balas yang diberikan dan jika ia positif kekalkan manakala sekiranya negatif, ambil inisiatif untuk berubah atau untuk jadi yang lebih baik.
4. Cuba sesuatu yang baharu
Beranikan diri mencuba sesuatu yang baharu.
Keluar daripada jadual rutin anda kerana perkara rutin boleh mematikan kreativiti. Mungkin dengan mencuba sesuatu yang baharu, anda dapat keluarkan potensi diri dengan lebih mudah.
Ingat! Jangan takut untuk kelihatan berbeza daripada orang lain.
5. Berjumpa kaunselor
Seorang kaunselor dilatih untuk membantu klien mengenali potensi diri. Melalui sesi kaunseling, potensi diri klien boleh dikenal pasti. Perlu diingatkan, sesi kaunseling bukan untuk individu yang bermasalah sahaja.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com