Malaysia Duduki Tangga Ke-15 Negara Terkaya Di Asia, Tewaskan Indonesia & Thailand

Malaysia Duduki Tangga Ke-15 Negara Terkaya Di Asia, Tewaskan Indonesia & Thailand

Posted by

Malaysia berada di tempat ke-15 daripada 30 negara dalam ranking negara terkaya di Asia 2023. Turut mengalahkan kuasa besar Asia iaitu Indonesia, Thailand dan China, kejayaan ini sekaligus membuktikan Malaysia masih mampu bersaing dalam sektor ekonomi dengan negara-negara lain.

Artikel berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Ke-59 Gaji Minimum

Menerusi laporan daripada seasia.stas ini, mereka turut menjelaskan bahawa prestasi ekonomi juga bergantung kepada faktor saiz negara dan juga jumlah penduduk.

Perkara ini terbukti apabila Singapura, Qatar dan Brunei selaku antara negara kecil di Asia berjaya menduduki tempat yang tinggi di dalam senarai ‘30 Negara Terkaya di Asia’.

“Negara terkaya di dunia selalunya berpenduduk sedikit di negara yang bersaiz kecil. Ini kerana, pandemik dan kelembapan ekonomi global hampir tidak menjejaskan kekayaan mereka.

“Oleh yang demikian, negara-negara kecil sering dianggap kaya kerana mempunyai ekonomi yang besar berbanding dengan penduduknya yang kecil.

“Untuk mendapatkan gambaran taraf hidup yang lebih tepat, kami menggunakan Pariti Kuasa Beli (PPP), yang mengira nilai dalam dolar antarabangsa dengan mengambil kira inflasi dan harga tempatan,” kata laporan berkenaan.

Hakikatnya, walaupun laporan ini lebih menyerlahkan negara jiran Singapura sebagai negara terkaya di Asia mengikut kuasa beli KDNK (PPP) per kapita pada 2023, Malaysia tetap berdiri sebagai pemain penting di rantau ini.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *