Lelaki Ini Kongsi Penggunaan Respons Lain Selain Dari ‘Noted’ 

Lelaki Ini Kongsi Penggunaan Respons Lain Selain ‘Noted’ 

Posted by

Baru-baru ini, seorang warganet yang tinggal di Australia berkongsi di laman Facebooknya tentang penggunaan respons ‘noted’ di WhatsApp. Menurutnya, sangat pantang apabila ayat ‘noted’ digunakan dalam perhubungan dengan klien. 

Artikel berkaitan: Elon Musk Kongsi Tips Bekerja Secara Produktif

“Walaupun beberapa tahun di Australia, saya hampir tak pernah jumpa orang guna perkataan ‘noted’ saja sebagai tanda ambil maklum sesuatu maklumat.

“Ini mungkin akibat sindrom auto-suggest dalam Gmail. Bagi saya, penggunaan ‘noted’ ni pantang sekali dalam perhubungan dengan client sebab pendek, penggunaan pasar dan kasar bunyinya,” tulisnya dalam hantaran Facebook tersebut.

Lelaki Ini Kongsi Penggunaan Respons Lain Selain Dari ‘Noted’ 

Lelaki tersebut kemudiannya, memberikan 50 cadangan lain untuk menggantikan perkataan ‘noted’.

“Selepas bertanya Gemini AI, ini 50 cadangan yang lebih organik dan lunak berbanding “ok noted,” tulisnya.

Lelaki Ini Kongsi Penggunaan Respons Lain Selain Dari ‘Noted’ 

Lelaki Ini Kongsi Penggunaan Respons Lain Selain Dari ‘Noted’ 

Walau bagaimanapun, ruangan komen pada hantaran tersebut menunjukkan beberapa orang warganet yang berbelah bahagi dengan kenyataan tersebut. 

Ada yang mengambil maklum tentang nasihat itu dan menyatakan ia akan memberikan perbezaan dalam komunikasi seharian.

Ada juga yang tidak bersetuju. Beberapa orang warganet menyatakan, 

“Tiada masalah asalkan ia difahami dan diterima pakai. Banyak lagi sebenarnya contoh dalam Bahasa Melayu banyak itulah yang dinamakan perluasan makna.”

“Benda sebenarnya tak ada isu pun guna noted. Sounds formal, precise and short.

“Tak perlu nak guna preference dari Australia. Kita Malaysian.”

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka agak kecewa kerana lelaki tersebut ternyata bergantung kepada jawapan AI.

Apa pendapat anda? 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *