Tips Untuk Anda Yang Ingin Bekerja Di Luar Negara

Tips Untuk Anda Yang Ingin Bekerja Di Luar Negara

Posted by

Adakah anda mempunyai keinginan dan hasrat untuk bekerja di luar negara? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tips yang anda boleh gunakan sebelum anda memulakan kerjaya di luar negara.

1. Kenapa anda ingin bekerja di luar negara?

Sebelum anda bekerja di luar negara, fikir semula sama ada keputusan yang anda buat betul atau tidak.

Bekerja di luar negara memerlukan visa dan segala hal yang berkaitan. Ia bukannya seperti anda ingin keluar negara untuk bercuti. Walaupun keseluruhan proses boleh menjadi satu cabaran, namun ia boleh dicapai sekiranya anda membuat keputusan yang tepat.

2. Nilai semula kemahiran (skills) yang anda ada 

Proses mencari kerja di luar negara mungkin agak mencabar bagi yang baru pertama kali ingin bekerja di negara orang. Nilai kembali latar belakang serta kemahiran (skills) anda dan apa yang boleh menjadi kekuatan untuk menarik minat bakal majikan di luar negara.

Di sesetengah negara, terdapat pekerjaan dengan permintaan tinggi di samping menggalakkan bakat global memohon untuk meningkatkan tenaga kerja mereka. Oleh itu, persaingan antara calon-calon global lain mungkin sengit. Jadi, pastikan profil anda menonjol.

Pastikan cover letter dan resume anda dapat menarik perhatian majikan antarabangsa. Pastikan juga anda menghasilkan cover letter dan resume yang sepadan dengan jangkaan (expectation) majikan di sesebuah negara itu kerana ia akan menjadikan anda lebih menyerlah berbanding orang lain.

3. Tentukan di mana anda ingin bekerja

Ambil kira budaya negara yang anda bakal bekerja. Buat senarai pendek dan selidik prospek pekerjaan di setiap negara. Lakukan juga penyelidikan dan nilai persekitaran kerja untuk tentukan adakah ia selari dengan minat anda.

Ambil tahu juga tentang budaya dan adat negara tersebut. Ia akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan masyarakat di sana.

4. Melawat ke destinasi yang anda ingin memulakan kerjaya

Sekiranya berkemampuan dari segi kewangan, anda boleh lawati ke destinasi sasaran untuk anda mulakan kerjaya. Ketahui bagaimana penduduk di sana menjalani hari-hari mereka. Ia akan memberi gambaran dan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri.

Anda juga boleh cuba untuk mengira kos sara hidup dan bagaimana ia akan mempengaruhi kewangan anda.

5. Fikirkan kembali keputusan anda untuk bekerja di luar negara

Bekerja di luar negara adalah satu keputusan yang besar untuk kerjaya anda. Walaupun ia membuka lebih banyak peluang, namun anda juga perlu mengambil kira segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang.

Anda mungkin berisiko untuk hilang sistem sokongan sedia ada kerana mereka berada jauh dari anda.

Sekiranya anda membuat keputusan yang salah, ia akan memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada kerjaya anda bahkan kehidupan peribadi.

Kesimpulannya, pastikan anda membuat penyelidikan (research) sebanyak mungkin untuk menyokong setiap keputusan. Anda juga boleh dapatkan nasihat individu yang berpengalaman dan pertimbangkan keadaan anda. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *