Kebaikan & Keburukan Tempat Kerja Yang Berdekatan Dengan Rumah

Kebaikan & Keburukan Tempat Kerja Yang Berdekatan Dengan Rumah

Posted by

Adakah tempat kerja anda berdekatan dengan rumah atau sebaliknya? Sekiranya tempat kerja anda jauh dari rumah, adakah anda berhasrat ingin berpindah ke lokasi yang lebih dekat dengan tempat kerja? Tapi, adakah ia berbaloi?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kelebihan dan keburukan tempat kerja yang berdekatan dengan rumah.

Kebaikan tinggal berdekatan dengan tempat kerja

1. Kos ulang-alik yang lebih rendah

Salah satu kebaikan tinggal berdekatan dengan tempat kerja adalah anda dapat jimat kos ulang alik dari rumah ke tempat kerja. 

Anda tidak perlu keluar rumah lebih awal dan tidak perlu menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja. 

Anda juga tidak perlu menghabiskan wang ringgit untuk perkhidmatan e-hailing seperti Grab (atau menggunakannya untuk jarak yang lebih pendek). Anda hanya perlu membayar jumlah yang sedikit kerana jaraknya yang dekat. 

Ia adalah lebih menjimatkan sekiranya tempat tinggal anda berdekatan dengan pengangkutan awam seperti LRT, MRT atau monorel.

2. Lebih banyak masa untuk diri sendiri

Sekiranya anda tinggal berdekatan dengan tempat kerja, anda akan mempunyai lebih banyak masa sebelum dan selepas bekerja.

Anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti berikut dengan masa tambahan yang anda miliki:

  • Anda boleh menghabiskan lebih banyak masa di atas katil pada waktu pagi. Sekiranya anda bukan seorang morning person, aktiviti adalah sangat berharga.
  • Anda boleh cipta rutin pagi yang selalu anda impikan. Hari anda akan lebih indah sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk bermeditasi, bersenam, membaca, jurnal dan sebagainya 

3. Lebih fleksibel dalam rutin harian anda

Alasan terbaik mempunyai tempat kerja berdekatan dengan rumah adalah anda tidak perlu bangun terlalu awal untuk ke tempat kerja. Anda boleh meluangkan masa anda untuk bersiap, menyediakan sarapan pagi dan anda masih boleh sampai ke tempat kerja tepat pada masanya.

Anda juga boleh pulang ke rumah untuk makan tengah hari – ia adalah lebih sihat dan menjimatkan berbanding jika anda makan di luar. 

Keburukan tinggal berdekatan dengan tempat kerja

1. Anda akan lebih mudah untuk dihubungi

Tinggal berhampiran dengan tempat kerja menjadikan anda seorang yang lebih mudah untuk dihubungi (reach out) sekiranya berlaku apa-apa sebagai contoh, rakan sekerja atau majikan anda tertinggal barang dan memerlukan seseorang untuk mengambil barang tersebut – ia boleh menjadi punca kepada tekanan dan burnout.

2. Anda akan menjadi manja

Mempunyai masa yang singkat untuk ke tempat kerja adalah bagus, tetapi sekiranya ia menjadi satu kebiasaan, anda akan menjadi manja dan mungkin tidak ingin memandu dalam jarak jauh lagi.

Artikel berkaitan: Produktiviti Di Tempat Kerja Dan Kaitannya Dengan Tidur Siang

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Speed Home

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *