Staf Maybank Di Penang Berjaya Selamatkan Seorang Penjawat Awam Daripada Menjadi Mangsa Sindiket Macau Scam

Staf Maybank Di Penang Berjaya Selamatkan Seorang Penjawat Awam Daripada Menjadi Mangsa Macau Scam

Posted by

Baru-baru ini, kakitangan cawangan Maybank di Kampung Baru, Pulau Pinang, berjaya menghalang seorang penjawat awam, Fatimah, 57, daripada hampir kehilangan wang sebanyak RM150,000 akibat Macau scam atau penipuan telefon yang didalangi individu yang menyamar sebagai wakil bank dan agensi penguatkuasaan.

Tindakan yang diambil tepat pada masanya apabila mereka berjaya melindungi wang hasil titik peluh Fatimah daripada dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Memetik laporan Malay Mail, Maybank dalam pendedahannya menyatakan bahawa Fatimah, seorang pekerja kontrak kerajaan, telah menjadi sasaran Macau scam yang mendakwa bahawa akaunnya terlibat dalam aktiviti penipuan.

Scammer tersebut yang menyamar sebagai wakil bank dan agensi kawal selia, memanipulasi Fatimah melalui beberapa siri panggilan telefon yang mengelirukan, menyebabkan Fatimah percaya dananya kini berada dalam risiko.

Dalam panggilan yang berlaku selama hampir empat jam, Fatimah diarah mengeluarkan RM150,000 daripada akaun simpanannya di cawangan Maybank Kampung Baru di Pulau Pinang.

“Di cawangan [Maybank], juruwang melakukan pemeriksaan biasa dan bertanya kepada saya tujuan pengeluaran. Scammer itu telah mengarahkan saya sebelum ini untuk berbohong dan menyatakan wang itu untuk tujuan pengubahsuaian rumah,” kata Fatimah.

Penolong pengurus cawangan itu yang menyedari kemungkinan berlakunya sesuatu yang mencurigakan telah membimbing Fatimah melalui proses memfailkan laporan kes dan segera membekukan akaunnya untuk mengelak daripada sebarang kerugian.

Cubaan berterusan oleh scammer sedikit sebanyak telah mengganggu prosiding. Meskipun begitu, penolong pengurus itu tetap dengan pendiriannya untuk melindungi kepentingan Fatimah.

Fatimah melahirkan rasa terima kasih kepada penolong pengurus atas dedikasinya, lebih-lebih lagi apabila kejadian itu berlaku di luar waktu kerja biasa.

Maybank memuji tindakan pantas kakitangannya dan menggesa orang ramai untuk terus berwaspada terhadap taktik penipuan.

Bank turut menekankan kepentingan untuk mendapatkan sokongan daripada institusi kewangan jika mereka telah menjadi sasaran penipuan.

Maybank juga turut mendedahkan bahawa cawangannya secara kolektif telah menyelamatkan pelanggan daripada kerugian RM6.4 juta akibat pelbagai penipuan pada 2023.

Sekadar peringatan, berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Jangan sesekali berikan info perbankan anda kepada pemanggil untuk tujuan siasatan. Segera laporkan kepada pihak berkuasa mengenai panggilan palsu tersebut.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *