Dalam kepelbagaian bidang serta cabang kerjaya profesional yang ada, pekerjaan sebagai guru masih menjadi pilihan utama bagi ramai orang kerana ia dianggap sebagai pekerjaan yang mulia dan penting untuk diteruskan kepada generasi akan datang.
Kerjaya sebagai seorang pendidik sebenarnya bukanlah mudah kerana ia memerlukan kecekalan dan ketabahan mendidik yang tinggi.
Guru merupakan orang yang paling bertanggungjawab setelah ibu bapa dalam memberi pendidikan, pedoman, serta bimbingan terhadap generasi masa kini.
Guru tidak hanya terlibat dalam pengajaran asas seperti mengeja, menulis, dan mengira, tetapi juga dalam membimbing pelajar dalam pelbagai bidang, termasuk bidang saintifik dan teks kesusasteraan. Seorang guru perlu sabar dalam menabur bakti kepada anak bangsa tanpa mengira penat dan lelah.
Berikut adalah beberapa perkara asas yang anda perlu tahu sebelum memohon kerjaya sebagai seorang guru.
1. Tugas asas
Seorang guru perlu melakukan pelbagai persiapan sebelum dan selepas mengajar. Antaranya adalah;
- Merancang pelajaran
- Menyiapkan aktiviti
- Menggred kertas dan peperiksaan
- Menghadiri mesyuarat sekolah
- Mengadakan persidangan ibu bapa dan guru
- Menghadiri dan memimpin pelbagai aktiviti
- Memperkembangkan kemahiran serta membimbing para pelajar
2. Kelebihan
Terdapat beberapa kelebihan sekiranya anda memilih untuk menjadi seorang guru. Pertama, anda akan menikmati kestabilan gaji yang tidak mudah terdedah kepada perubahan dalam pasaran kerja dan ekonomi.
Selain itu, guru juga akan menikmati faedah seperti perlindungan insurans kesihatan dan akaun persaraan. Cuti hujung minggu dan cuti tahap tertentu menjadikan beberapa kelebihan gaya hidup bagi kerjaya seorang guru.
3. Sekolah swasta
Kelebihan dan kelemahan dalam kerjaya seorang guru bergantung kepada jenis sekolah di mana anda bertugas.
Sekolah swasta dikenali dengan menggaji guru berdasarkan kemampuan sekolah berkenaan.
Walaupun pengajaran di sekolah swasta tidak melibatkan pensijilan yang ketat seperti di sekolah awam, ia masih menjadi pilihan yang menarik bagi sesetengah individu walaupun gaji yang ditawarkan mungkin lebih rendah secara amnya.
Walau bagaimanapun, mengajar di sekolah swasta membolehkan anda menimba pengalaman sebelum membuat keputusan kerjaya dalam jangka masa panjang.
Selain itu, menjadi guru di sekolah swasta membolehkan anda untuk bekerja sambil memperoleh sijil perguruan.
4. Sekolah awam
Kelebihan sekolah awam termasuk gaji yang lebih tinggi, pelajar yang bermacam ragam, dan kestabilan pekerjaan (terutama dalam jangka masa panjang).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Artikel berkaitan: Tips Mudah Ini ‘Confirm’ Boleh Tingkatkan Peluang Anda Untuk Dapat Interview Kerja!
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: Sinar Bestari
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.