Sempena sambutan Hari Star Wars atau May the Fourth, syarikat kewangan Finance Buzz ingin membayar seseorang sebanyak AS $1,000 atau sekitar RM4,000 untuk menonton kesemua sembilan filem saga Skywalker.
Mereka yang ingin memohon perlulah seseorang yang belum pernah menonton mana-mana filem George Lucas.
“Kami sedang mencari seseorang yang baru dalam francais – pengguna pertama Force, seorang Jedi muda sejati – untuk menilai cerita ini dari perspektif orang luar.
“Kami akan menggunakan analisis Wookiee Rookie untuk cerita akan datang dalam francais ini,” tulis pengumuman tersebut.
Artikel berkaitan: Tips Untuk Anda Yang Ingin Bekerja Di Luar Negara
Menurut mereka, calon yang dipilih akan menonton setiap episod mengikut susunan yang dikeluarkan.
“Bermula dalam susunan kronologi (berdasarkan tarikh keluaran), anda akan pergi dari Episod IV: Harapan Baru kepada Episod IX: Kebangkitan Skywalker.
“Dan jika anda tertanya-tanya mengapa kami tidak memulakan Episod I, anda mungkin orang yang tepat untuk kerja dengan kami,” kata FinanceBuzz.
Selain itu, sebagai pertukaran untuk 25 jam dan 7 minit anda (panjang Episod I hingga IX) menonton filem, mereka akan membayar anda $1,000 untuk usaha anda, serta $100 untuk menampung kos penstriman, makanan ringan atau lightsaber.
Tarikh akhir untuk memohon adalah pada 4 Mei 2024. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tinggal di Amerika Syarikat. Untuk maklumat, tambahan berkenaan perkara ini, anda boleh dapati di FinanceBuzz.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com