Mengatasi Gaji Elon Musk Dan Tim Cook, CEO Kelahiran Malaysia Ini Terima Gaji Tertinggi Di Amerika Syarikat

Mengatasi Gaji Elon Musk Dan Tim Cook, CEO Kelahiran Malaysia Ini Terima Gaji Tertinggi Di Amerika Syarikat

Posted by

Memetik analisis daripada The Wall Street Journal, hartawan kelahiran Malaysia, Tan Hock Eng atau lebih dikenali sebagai Hock Tan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang menerima gaji tertinggi di Amerika Syarikat (AS) iaitu sekitar $162 juta (~RM760 juta) pada tahun 2023.

Gaji yang diterima oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat semikonduktor global, Broadcom Inc itu melebihi bayaran CEO syarikat-syarikat gergasi lain di AS, termasuk Tim Cook (Apple), Elon Musk (Tesla), dan Mark Zuckerberg (Meta).

Artikel lain: Teknologi AI Buatkan Berjuta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Kerja

Walau bagaimanapun,gaji yang diterima itu bersyarat kerana beliau hanya akan menerima jumlah penuh sekiranya saham syarikatnya itu mencapai paras tertentu menjelang 2025.

Menurut Broadcom, gaji Hock Tan juga bergantung kepada keberkesanan beliau dalam peranannya untuk lima tahun akan datang, dan menjelaskan bahawa beliau tidak akan menerima lagi ekuiti atau bonus tunai sehingga tamatnya tempoh tersebut.

Saham syarikat semikonduktor tersebut telah naik sebanyak 27 peratus sepanjang tahun ini dan 106 peratus sejak setahun yang lalu, yang telah meningkatkan nilai pasaran syarikat kepada $655 bilion (~RM3.07 trilion).

Pada tahun 2017, Hock Tan sebelum ini telah menduduki tempat pertama dalam senarai WSJ apabila diberikan ganjaran sebanyak $103 juta (~RM483 juta).

Berdasarkan analisis WSJ, terdapat dua CEO lain yang turut menerima gaji enam angka pada tahun lalu, iaitu Nikesh Arora dari Palo Alto Networks dan Steve Schwarzman dari Blackstone.

Difahamkan bahawa Arora menerima $151 juta (~RM709 juta), kebanyakannya dalam bentuk geran saham yang merangkumi tiga tahun akan datang, sementara Schwarzman, yang dikenali dengan gaya hidup mewah dan sokongannya terhadap bekas Presiden AS, Donald Trump, menerima $120 juta (~RM563 juta).

Saham dalam Palo Alto Networks dan Blackstone masing-masing telah meningkat sebanyak 110 peratus dan 54 peratus pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Harian Metro 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *