Kumpulan Media Cina Di Malaysia Dijangka Akan Berhentikan 44% Pekerja & Menggantikan Mereka Dengan AI

Kumpulan Media Cina Di Malaysia Dijangka Akan Berhentikan 44% Pekerja & Menggantikan Mereka Dengan AI

Posted by

Media Chinese International Ltd, sebuah syarikat media Cina terkemuka di Malaysia, sedang mempertimbangkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan pekerjanya seramai kira-kira 1,000 orang dalam tempoh sehingga lima tahun.

Memetik laporan New Straits Times, langkah ini diambil selepas penggabungan Sinchew dan Nanyang.

Syarikat media ini merancang untuk mengurangkan pekerjanya sebanyak 44% iaitu kira-kira 1,000 orang daripada 1,800 orang.

Menurut Francis Tiong selaku Pengerusi Eksekutif kumpulan, beliau menyatakan bahawa dengan melakukan penstrukturan dalaman, penggabungan atau penyatuan kumpulan Sinchew dan Nanyang, menutup kilang di Johor dan Pulau Pinang, serta menerapkan AI di semua unit operasi, mereka berhasrat untuk mengurangkan jumlah pekerja kepada 1,000 orang dalam jangka masa 2 hingga 5 tahun.

Menurutnya lagi, rancangan ini tidak akan dilaksanakan dengan segera kerana ia masih dalam peringkat awal.

Syarikat media ini menerbitkan akhbar China Press, Sin Chew Daily, dan Nanyang Siang Pau.

Untuk pengetahuan, Media Chinese International Ltd mengalami kerugian bersih sebanyak RM61 juta dalam tahun kewangan 2024 (FY24) berbanding dengan kerugian bersih RM1.16 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan operasi.

Artikel berkaitan: Teknologi AI Buatkan Berjuta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Kerja

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *