Malaysia Di Tempat Ke-2 Negara Dengan Work Life Balance Paling Buruk Di Dunia

Malaysia Di Tempat Ke-2 Negara Dengan Work Life Balance Paling Buruk Di Dunia

Posted by

Kajian terkini daripada Remote, sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global telah mengumumkan keputusan mengejutkan tentang keseimbangan kehidupan dan kerja (work life balance) di 60 negara dengan KDNK tertinggi di dunia.

Malangnya, Malaysia menduduki kedudukan kedua terakhir dalam indeks tersebut, menjadikannya negara Asia yang paling rendah dalam penilaian tersebut.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari negara yang mempunyai keseimbangan kehidupan kerja (work life balance) terbaik dengan menganalisis beberapa faktor berkaitan tempat kerja.

Faktor-faktor ini termasuklah cuti tahunan berkanun (jumlah hari cuti berbayar, termasuk cuti umum), bayaran sakit minimum (% gaji atau jumlah tetap), cuti bersalin  (jumlah minggu berbayar), kadar bayaran cuti bersalin (% gaji), gaji minimum, status penjagaan kesihatan dan skor indeks kebahagiaan (The Global Economy)

Dalam senarai tersebut, New Zealand dinobatkan sebagai negara dengan keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) terbaik dengan meraih skor sebanyak 79.35 daripada 100. Manakala Sepanyol dan Perancis masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

2 negara yang memasuki senarai 5 teratas adalah Australia dan Denmark.

Di Asia, Taiwan menduduki kedudukan tertinggi di tempat ke-16, diikuti oleh Singapura di tempat ke-19 dan Arab Saudi di tempat ke-27.

Malaysia pula berada di kedudukan ke-59 dengan skor hanya 27.51 daripada 100, menjadikan Malaysia negara kedua terburuk dalam indeks selepas Nigeria.

Kajian ini mencatatkan bahawa Malaysia mempunyai 19 hari cuti tahunan yang ditetapkan undang-undang, 14 hari cuti bersalin yang dibayar, dan gaji minimum sebanyak USD1.07 sejam.

Selain itu, Remote juga menegaskan bahawa Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang dibiayai oleh kerajaan dengan indeks kebahagiaan 5.71 daripada 10, purata 40.8 jam bekerja setiap minggu dan indeks LGBTQ+ hanya 9 daripada 100.

Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat banyak peluang untuk meningkatkan keseimbangan hidup dan kerja di Malaysia.

Walaupun terdapat beberapa kelebihan seperti sistem penjagaan kesihatan yang ditanggung kerajaan, aspek lain seperti gaji minimum memerlukan tindakan yang segera.

Artikel berkaitan: Kepentingan & Cara Untuk Dapatkan Keseimbangan Dalam Pekerjaan Dan Kehidupan

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *