Malaysia Di Tempat Ke-2 Dengan Pekerja Paling Tidak Bahagia Di Asia Tenggara

Malaysia Di Tempat Ke-2 Dengan Pekerja Paling Tidak Bahagia Di Asia Tenggara

Posted by

Tinjauan terbaharu daripada Jobstreet dan Jobsdb oleh SEEK yang dikongsi SME Asia mendapati bahawa Malaysia berada di tempat ke-2 dalam senarai pekerja paling tidak bahagia daripada 60 negara dalam Indeks Kerja Hidup Global.

Malaysia Di Tempat Ke-2 Dengan Pekerja Paling Tidak Bahagia Di Asia Tenggara

Indeks ini menunjukkan tahap tekanan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Malaysia. Tidak hairanlah, kesan ini membawa kepada ketidakbahagiaan di kalangan pekerja.

Kajian yang dilakukan pada Mei 2024 ini melibatkan lebih daripada 5,000 responden dari seluruh negara.

Singapura berada di tempat pertama dengan memiliki 19% pekerja yang tidak bahagia di tempat kerja, diikuti oleh Malaysia dengan 12%.

Di tempat ke-3, Filipina (11%), diikuti Thailand (9%), Hong Kong (9%), dan Indonesia (4%).

Menurut Laporan Pengambilan, Pampasan dan Manfaat Asia Tenggara 2024 oleh SEEK, punca utama tekanan pekerja di rantau ini adalah:

  • Beban kerja yang berat (37%)
  • Tekanan tinggi dari pihak pengurusan (27%)
  • Kekurangan peluang perkembangan kerjaya (23%)

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa walaupun tahap tekanan adalah tinggi, hanya 48% syarikat yang menawarkan sokongan mencukupi untuk membantu pekerja menguruskan tekanan mereka.

Syarikat-syarikat di Asia Tenggara sedang melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan pampasan dan manfaat.

Antaranya adalah penanda aras gaji, di mana Malaysia mencatatkan peratusan tertinggi (59%).

Kesihatan mental dan kebahagiaan pekerja adalah aspek yang sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh.

Beban kerja yang berat serta tekanan daripada pihak pengurusan memerlukan perhatian serius daripada majikan.

Malaysia perlu mencontohi negara-negara lain yang lebih menekankan kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja untuk memastikan tenaga kerja yang lebih produktif dan bahagia.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *