Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cacar Monyet Atau MPox!

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cacar Monyet Atau MPox!

Posted by

Penularan cacar monyet sudah bermula pada pertengahan tahun 2022 di beberapa negara Eropah seperti Amerika, Australia dan Eropah. 

Cacar monyet merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxvirus yang mana ia boleh tersebar kepada manusia melalui beberapa kaedah iaitu:

  • Melalui haiwan sama ada gigitan atau sentuhan dengan darah dan cecair binatang
  • Melalui sentuhan bersama individu yang mempunyai penyakit cacar monyet

Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama-sama dengan pakar kesihatan awam global telah sebulat suara menggunakan nama ‘mpox’, sinonim kepada nama monkeypox dan juga cacar monyet.

Menurut WHO, penggunaan nama Mpox ini adalah berikutan untuk mengurangkan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pakar tentang kekeliruan nama selain untuk meminimumkan kesan negatif nama ke atas industri perdagangan, perjalanan, pelancongan atau kebajikan haiwan, dan mengelakkan daripada menyebabkan kesalahan kepada mana-mana kumpulan budaya, sosial, kebangsaan, serantau, profesional atau etnik.

Untuk pengetahuan, nama cacar monyet atau monkeypox sudah mula wujud pada tahun 1970 selepas virus yang menyebabkan penyakit itu ditemui pada monyet kurungan pada tahun 1958.

WHO kemudiannya menerbitkan nama penyakit ni pada tahun 2015. Setakat ini, istilah ‘monkeypox’ akan kekal sebagai istilah yang boleh dicari dalam ICD, untuk memadankan maklumat bersejarah.

Apa Itu Mpox Atau Monkeypox?

Mpox adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dari binatang liar seperti monyet, tikus Gambia dan tupai. Mpox ini boleh berjangkit melalui darah, air liur ataupun cairan tubuh dari binatang yang sudah pun dijangkiti virus, atau anda memakan daging binatang liar ini.

Virus ini juga merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxvirus. Antara gejala-gejala penyakit Mpox adalah:

  • Demam
  • Menggigil
  • Sakit sendi
  • Lesu badan
  • Keluar gelembung nanah

Adakah penyakit ini mempunyai penawarnya?

Setakat ini, memang tiada penawar bagi pesakit yang dijangkiti Mpox kerana ia mampu baik dengan sendiri, dan mungkin mengambil masa selama 6 hingga ke 16 hari, atau pun hingga 20 hari.

Perlu diingatkan bahawa Mpox ini tidak membawa maut! Walau bagaimanapun, langkah pencegahan masih lagi perlu dititikberatkan. KKM juga sentiasa bersiap sedia dengan pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan Mpox.

Antara pelan strategik yang telah disediakan KKM termasuklah:

1. KKM menasihatkan individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit perlu segera menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran serta mengelakkan kontak dengan individu lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.

2. KKM juga akan memastikan premis-premis yang menyediakan perkhidmatan yang melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menunjukkan tanda pox seperti ruam atau lepuh pada kulit. Sekiranya terdapat pekerja atau pelanggan yang mempunyai gejala tersebut, mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

3. Semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta perlu memberi pemberitahuan untuk kes disyaki dan kes yang disahkan Mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan. Bagi pengurusan kes Mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan di laman sesawang portal rasmi KKM

Justeru, semua individu dinasihatkan untuk mengehadkan pergerakan ke negara yang mempunyai kes-kes berkaitan cacar monyet selain turut melaporkan kes sekiranya anda mendapati terdapat simptom atau gejala jangkitan pada diri dalam tempoh 21 hari.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *