Para pelancong dari luar negara yang datang ke Kuala Lumpur pastinya akan datang ke Bukit Bintang kerana mempunyai pelbagai perkara menarik yang cukup dekat dengan kehidupan warga lokal di sini.
Ini menyebabkan Bukit Bintang telah tersenarai sebagai salah satu destinasi pelancongan paling ‘overrated’ di Asia.
Berikut adalah 10 senarai destinasi pelancongan paling ‘overrated’ di Asia yang dipetik dari laporan Times of India.
- Phuket, Thailand
- Bali, Indonesia
- Great Wall of China
- Baga Beach, Goa, India
- Halong Bay, Vietnam
- Angkor Wat, Cambodia
- Mount Fuji, Japan
- Ubud, Bali, Indonesia
- Taj Mahal, India
- Bukit Bintang, Malaysia
Bukit Bintang berada di tangga ke-10 selepas ia mendapat kritikan dari pelancong kerana terlampau sesak, mempunyai bisnes komersial yang berlebihan dan tidak mencapai jangkaan pelancong.
Selain itu, Bukit Bintang juga dikatakan sering dipenuhi dengan jumlah pelancong yang besar sehingga menyebabkan laluan pejalan kaki dan trafik menjadi sesak.
Mereka juga kecewa apabila terlalu banyak pengkomersilan seperti bangunan atau iklan yang menjejaskan pengalaman merasai budaya di sini.
Bukan itu sahaja, pelancong juga menekankan tentang tahap kebisingan di lokasi itu, yang mana menjadikannya sukar untuk menikmati tarikan di kawasan tersebut dengan aman.
Ada juga pelancong yang melaporkan bahawa harga di Bukit Bintang terutamanya makanan dan cenderamata selalunya dijual pada harga tinggi. Hal ini telah menambah sentimen bahawa Bukit Bintang mungkin tidak berpatutan seperti yang dilihat.
Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Raih Tempat Pertama Miliki Pencakar Langit Paling Banyak Di Asia Tenggara!
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!