Kuala Lumpur Raih Tempat Pertama Miliki Pencakar Langit Paling Banyak Di Asia Tenggara!

Kuala Lumpur Raih Tempat Pertama Miliki Pencakar Langit Paling Banyak Di Asia Tenggara!

Posted by

Menurut data yang dikeluarkan oleh Seasia.stats, Kuala Lumpur menduduki tempat pertama dalam senarai bandar paling banyak bangunan tinggi di Asia Tenggara. Jakarta dan Bangkok masing-masing menduduki tempat ke-2 dan ke-3.

Ibu negara dan juga bandar raya terbesar di Malaysia itu mempunyai 173 bangunan diatas 150 meter, 62 bangunan dengan ketinggian melebihi 200 meter dan 6 bangunan melebihi 300 meter.

Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Raih Tempat Ke-8 Di Peringkat Global & Ke-3 Di Asia Sebagai Bandar Terbaik Untuk Didiami

Selain Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru turut berada di senarai 10 bandar di Asia Tenggara yang paling banyak mempunyai bangunan pencakar langit.

Diikuti Petaling Jaya, Bentong, Melaka, Cyberjaya, Shah Alam, Subang Jaya, Putrajaya dan Kota Kinabalu yang turut melengkapkan senarai 30 bandar dengan banyaknya bangunan tinggi.

Dengan bilangan bangunan pencakar langit di bandar-bandar Malaysia ini, adakah anda rasa Malaysia perlu terus menghasilkan seni bina yang lebih cantik dan infrastruktur berteknologi tinggi?

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *