Jualan Global McDonald's Kini Mengalami Penurunan Mendadak

Jualan Global McDonald’s Kini Mengalami Penurunan Mendadak

Posted by

Memetik laporan The Guardian, McDonald’s terus menunjukkan penurunan dalam prestasi jualan global mereka, dengan penurunan sebanyak 1.5% pada suku ketiga 2024, yang merupakan antara penurunan terbesar dalam empat tahun. Pendapatan bersih juga jatuh kepada $2.26 bilion, mencatatkan penurunan 3% berbanding tahun lalu.

Keadaan ini disebabkan oleh trafik penjualan yang lebih lemah di seluruh pasaran utama. Walaupun pelbagai inisiatif promosi dilaksanakan, impak pulangannya dilihat kurang memberangsangkan dalam laporan kewangan operasi.

Sebagai tambahan, jualan di pasaran antarabangsa telah merosot sebanyak 2.1% akibat permintaan yang menurun di Perancis dan Britain. Perbelanjaan di China juga melemah, dan kesan konflik di Timur Tengah telah menjejaskan segmen perniagaan mereka di pasaran Asia.

Artikel berkaitan: 5 Kesan Boikot Terhadap Ekonomi 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *