Hanya 14% Organisasi Di Malaysia Sedia Manfaatkan Teknologi AI

Hanya 14% Organisasi Di Malaysia Sedia Manfaatkan Teknologi AI

Posted by

Indeks Ketersediaan AI Cisco 2024 mendedahkan bahawa ketika ini hanya 14% organisasi di negara memperlihatkan ketersediaan sepenuhnya untuk melaksanakan, memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) di pasaran.

Peratusan ini memperlihatkan peningkatan kecil berbanding tahun lalu dengan 13% organisasi menyatakan ketersediaan mereka melibatkan AI.

Menurut Cisco, walaupun terdapat jurang dalam persediaan Malaysia, keperluan terhadap AI dalam operasi syarikat di negara ini dilihat semakin meningkat. Kini, 55% syarikat telah mula memperuntukkan antara 10% hingga 30% daripada belanja teknologi operasi mereka untuk memanfaatkan AI.

Dengan adanya skongan demikian, dijangka meningkatkan lagi kecekapan produktiviti pada sebilangan sektor ekonomi negara. Aturan itu kelak turut akan memberi pulangan pada pengurusan operasi, data, dan infrastruktur perniagaan tempatan.

Selain Malaysia, kajian ini turut melibatkan 3,660 pemimpin perniagaan eksekutif dari pelbagai organisasi di 14 pasaran di rantau Asia Pasifik, Jepun, dan China. Kajian ini melibatkan syarikat-syarikat yang memiliki sekurang-kurangnya 500 pekerja.

Artikel berkaitan: AI Has Yet To Be Utilized By One In Three Malaysians At Work

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *