Malaysia mencatatkan jumlah mangsa penipuan dalam talian (scam) terbanyak di Asia, dengan lebih 2.5 kali kejadian jenayah tersebut berlaku kepada mangsa yang sama.
Ketua Kelestarian CelcomDigi, Philip Ling, berkata berdasarkan kajian Asia Scam Report 2024 oleh Global Anti-Scam Alliance, Malaysia diikuti oleh Hong Kong dan Thailand turut menjadi negara Asia selanjutnya yang berdepan jumlah mangsa scam berulang tinggi.
Kajian tersebut menunjukkan kebimbangan mengenai tahap kesedaran mangsa, di mana sebahagian daripada mereka masih sukar membezakan penipuan, terutama yang melibatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI). Selain itu, ada juga yang gagal mengenal pasti sumber maklumat yang diterima, walaupun pihak berkuasa telah menegaskan bahawa mereka tidak akan bertindak seperti yang dilakukan oleh penipu.
Lebih membimbangkan, jumlah mangsa scam di Malaysia dijangka lebih tinggi kerana ramai yang masih enggan melaporkan kejadian tersebut. Menurut GASA, sekitar 35% berpendapat melaporkan penipuan bukan tanggungjawab mereka, 33% merasakan proses laporan sukar, dan 24% pula tidak tahu saluran rasmi untuk membuat aduan mengenai penipuan yang dialami.
Artikel berkaitan: Staf Maybank Di Penang Berjaya Selamatkan Seorang Penjawat Awam Daripada Menjadi Mangsa Macau Scam
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!