Kerajaan negeri Johor kini sedang meneliti cadangan perubahan waktu kerja kepada empat hari setengah untuk sektor awam.
Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, langkah ini diambil kerana ia berkait rapat dengan perubahan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.
Selain perubahan tersebut, Johor juga merancang untuk memperkukuhkan perkhidmatan digital dalam urusan rasmi pentadbiran negeri. Fokus ini bukan sahaja bertujuan memudahkan pengguna awam, tetapi juga membantu pekerja negeri mengurangkan beban tugas mereka dalam beberapa aspek, termasuk isu dokumentasi dan permohonan.
Sementara itu bagi sektor swasta pula, Johor berhasrat meningkatkan waktu rehat pada hari jumat daripada 1 jam 30 minit kepada 2 jam. Langkah itu untuk memastikan kumpulan pekerja beragama Islam memiliki masa yang cukup untuk menunaikan kewajpan solat Jumaat tanpa perlu tergesa-gesa.
Sekiranya semua usaha penambahbaikan ini berjalan lancar, kerajaan negeri akan pertimbangkan pelaksanaan waktu bekerja empat hari setengah tanpa mengurangkan jumlah keseluruhan jam bekerja sektor awam.
Walau bagaimanapun, perkara ini perlu mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan restu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Semoga dengan perubahan kepada bekerja 4 hari setengah seminggu, ia dapat meningkatkan lagi kecekapan produktiviti tanpa mengugat keseluruhan tempoh jam bekerja semasa.
Artikel berkaitan: Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Tidak Perlu Jadi Perdebatan
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: Berita Harian