Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Tidak Perlu Jadi Perdebatan

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Tidak Perlu Jadi Perdebatan

Posted by

Kenaikan gaji untuk penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Pekerja semalam tidak perlu jadi perdebatan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan menghargai semua kategori pekerja, seperti yang disahkan oleh pelaksanaan Dasar Gaji Progresif untuk memastikan pekerja sektor swasta mendapat gaji yang lebih baik.

“Tidak harus ada perdebatan (isu gaji) sebab semua golongan pekerja dihargai dan kita mempunyai program sasaran kepada sektor sektor berlainan termasuk swasta,” katanya semalam ketika ditemui pada Program Suara Anak Madani malam tadi.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji bagi penjawat awam sebanyak lebih dari 13 peratus yang akan berkuatkuasa mulai Disember ini. Kenaikan ini merupakan salah satu yang tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara, melibatkan peruntukan tambahan melebihi RM10 bilion.

Menurutnya, langkah ini adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka serta memberi motivasi kepada individu tersebut untuk terus memajukan diri.

“Kalau rekod pekerjaannya tak membanggakan, malas, sering lambat dan tidak beri tumpuan yang baik, tidak layak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan kerajaan.

“Ini tanggungjawab kita bersama baik persatuan atau rakan di jabatan untuk pastikan dua, tiga orang yang lembab ini biar dia kekal di jawatan (sedia ada) selama-lamanya,” katanya.

Artikel berkaitan: Wanita Ini Mengaku Kerja Kerajaan Guna Orang Dalam & Bangga Dapat Rehat Selama 3 Jam!

Dalam pada itu, Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *