34% Rakyat Malaysia Mengaku Cari Kerja Lebih Sukar Dari Cari Pasangan

34% Rakyat Malaysia Mengaku Cari Kerja Lebih Sukar Dari Cari Pasangan

Posted by

Satu daripada tiga rakyat Malaysia berpendapat bahawa mencari pekerjaan yang tepat adalah lebih ukar berbanding mencari pasangan. 

Menurut tinjaun yang dijalankan Jobstreet by SEEK, cabaran dalam pencarian kerjaya lebih dirasai golongan muda, di mana 55 peratus pekerja bawah 24 tahun bersedia menukar pekerjaan dalam tempoh setahun sekiranya ia tidak memenuhi matlamat kerjaya.

Walau bagaimanapun, peratusan itu semakin berkurangan apabila hanya 35% pekerja berusia 25 tahun sehingga 34 tahun bersedia untuk mencari peluang pekerjaan baharu. Diikuti hanya 26% sahaja pekerja berusia 45 tahun sehingga 54 tahun berbuat tindakan tersebut.

Generasi muda, khususnya graduan, kebanyakan lebih fokus kepada perkembangan kerjaya berbanding dengan kestabilan pekerjaan dalam jangka masa panjang.

Kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pekerjaan sementara terus menjadi isu utama, menyebabkan 37.4 peratus graduan universiti kini bekerja dalam sektor separa mahir.

Namun, tinjauan tersebut mendapati, gaji adalah faktor utama yang menjadi penentu seseorang itu menerima sesuatu pekerjaan.

Sebahagian besar responden, iaitu 55 peratus, turut mengakui tidak berpuas hati dengan gaji yang rendah. Ini adalah faktor utama selain daripada kekurangan peluang kerjaya (31 peratus) dan ketidakseimbangan antara kehidupan peribadi dan kerja (work-life balance).

Selain itu, tinjauan tersebut turut mendapati, sebanyak 80 peratus pekerja sanggup melakukan kerja yang tidak selaras dengan matlamat jangka panjang mereka kerana tawaran gaji lebih tinggi.

Menurut Ketua Pemasaran Jobstreet by SEEK Malaysia, Sammy Chan, beliau menekankan kepentingan majikan menawarkan gaji dan faedah kompetitif selain memastikan skop kerja memenuhi ekspektasi pekerja.

“Hal ini bersamaan dengan mencari pasangan, di mana persefahaman di antara pekerja dan majikan perlu kukuh untuk mencari padanan kerja yang tepat.

“Jika tiada keserasian, kedua-dua pihak tidak akan mendapat sebarang manfaat jangka panjang,” katanya.

Artikel berkaitan: Tahap Celik Kewangan Rakyat Malaysia Masih Di Tahap Rendah

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *