Bilangan penganggur di Malaysia terus mencatatkan penurunan pada Oktober 2024, dengan jumlah penganggur yang kini turun kepada 551,400 orang. Pencapaian ini mengekalkan kadar pengangguran negara pada paras 3.2%, angka yang sama dicatatkan pada bulan September 2024.
Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 440,000 individu diklasifikasikan sebagai penganggur aktif, iaitu mereka yang secara berterusan mencari peluang pekerjaan baharu di pasaran kerja negara. Sementara 11,400 penganggur pula tergolong dalam kategori tidak aktif, yang tidak terlibat dalam pencarian pekerjaan baru.
Data tersebut turut memperincikan tentang penurunan jumlah penganggur yang telah menyumbang kepada peningkatan jumlah penduduk bekerja di Malaysia, yang kini mencecah 16.72 juta orang. Peningkatan ini turut melahirkan taburan taraf pekerjaan yang lebih terperinci, di mana 74.9% daripadanya merupakan pekerja bergaji, 18.5% adalah individu yang bekerja sendiri, 2.9% adalah pekerja keluarga tanpa gaji, manakala 3.6% mewakili golongan majikan.
Artikel berkaitan: Ini 6 Sebab Utama Graduan Menganggur!
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!