Ini 6 Sebab Utama Graduan Menganggur!

Ini 6 Sebab Utama Graduan Menganggur!

Posted by

Masalah pengangguran dalam kalangan graduan adalah antara masalah yang perlu diberi perhatian daripada semua pihak. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 30,000 graduan menganggur selepas tamat pengajian pada tahun 2023. 

Ini adalah disebabkan kurangnya peluang pekerjaan di samping pengeluaran lepasan universiti secara berlebihan oleh institusi pendidikan tinggi tempatan. Memetik laporan Berita Harian

“Peluang pekerjaan graduan yang terhad juga wujud disebabkan berlaku ketidaksejajaran di antara jumlah graduan dilahirkan IPT dengan jumlah pekerjaan ditawarkan industri disebabkan mereka ingin mengurangkan kos pengeluaran serta operasi. Menggaji bukan graduan lebih menjimatkan.”

Walau bagaimanapun, kadar pengangguran yang tinggi juga berlaku disebabkan 6 perkara ini!

1. Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah

Penguasaan bahasa Inggeris adalah sangat penting dalam dunia pekerjaan. Memetik laporan FMT, penguasaan bahasa Inggeris adalah antara kemahiran yang diperlukan untuk diambil bekerja dan maju dalam kerjaya.

Graduan yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan menempuh kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana majikan terutamanya dalam sektor swasta mahukan pekerja yang boleh berkomunikasi merentasi sempadan serta dapat melaksanakan tugas dengan cekap dalam pasaran global.

2. Permintaan gaji yang tidak realistik

Terdapat segelintir graduan yang meminta jumlah gaji yang tidak realistik. Antara faktor-faktor yang mendorong graduan baharu meminta gaji yang tidak realistik adalah kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Selain itu, bantuan kewangan daripada ibu bapa semasa kehidupan sebagai pelajar banyak mendedahkan graduan kepada gaya hidup mewah tetapi apabila mereka sudah mula bekerja ibu bapa tidak lagi memberi bantuan kewangan. 

Artikel berkaitan: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ punca pengangguran

3. Kemahiran yang tidak sesuai dengan kehendak pasaran

Lambakan graduan yang tidak mempunyai kemahiran yang sesuai dengan kehendak pasaran juga adalah antara salah satu faktor sebab mengapa ramai yang menganggur. 

4. Terlalu memilih

Sesetengah graduan terlalu memilih kerja. Mereka hanya ingin bekerja dalam bidang yang telah dipelajari di universiti. Terdapat juga graduan yang mengharapkan gaji yang tinggi dan tidak mahu menerima gaji permulaan yang mungkin rendah pada pandangan mereka. Ada juga dalam kalangan mereka ini tidak sanggup bekerja pada hujung minggu sehingga mereka tergolong dalam penganggur siswazah. 

5. Tiada kemahiran menyelesaikan masalah

Segelintir graduan dilihat tidak mempunyai kemahiran ini dan salah satu sebabnya mungkin mereka tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti di universiti. Mereka hanya fokus kepada ilmu dan pengetahuan tanpa menghiraukan kemahiran yang lain.

6. Mempunyai sikap dalam diri yang teruk

Antara sikap dalam diri yang teruk adalah seperti tidak membuat persediaan dalam menghadapi temu duga kerja, tidak mempunyai adab ketika temuduga dan tidak mahir dalam komunikasi secara profesional.

Sikap begini dilabel sebagai satu sikap yang teruk kerana terlalu mengambil mudah dalam sesuatu perkara.

Kesimpulannya, masalah graduan menganggur perlu dikaji dan dilihat dalam skop yang luas kerana terlalu banyak faktor yang menyumbang kepada wujudnya pengangguran dalam kalangan graduan hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *