7 Restoran Dengan Pemandangan Cantik Di Kuala Lumpur

7 Restoran Dengan Pemandangan Cantik Di Kuala Lumpur

Posted by

Rakyat Malaysia diketahui umum dengan keghairahan mereka terhadap makanan. Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan pelbagai pilihan restoran untuk memenuhi aneka citarasa yang berbeza. Untuk artikel kali ini, kami akan himpunkan 7 restoran dengan pemandangan cantik di Kuala Lumpur untuk mereka yang inginkan suasana fine-dining sesuai untuk pelbagai majlis.

Fuego @ Troika Sky Dining

Sumber Gambar: FB Fuego at Troika Sky Dining

Alamat: Level 23A, Tower B The Troika, 19, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 6:30PM – 12:00AM (Pesanan terakhir jam 10:30PM)

Fuego bermaksud “api” dalam bahasa Sepanyol dan restoran ini termasuk dalam senarai 7 restoran dengan pemandangan cantik di Kuala Lumpur. Restoran Fuego merupakan restoran di bawah kumpulan kulinari popular Troika Sky Dining selain daripada Strato, Claret, dan Cantaloupe.

Apa yang membezakan Fuego ialah sajian menu yang lebih mesra bajet, tetapi masih mengekalkan konsep fine-dining mereka. Restoran tersebut juga mempunyai konsep hiasan yang lebih santai, sesuai untuk makan malam pada hujung minggu. Layari laman web Fuego untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan.

Marini’s on 57

Sumber Gambar: FB Marini’s on 57

Alamat: 57 Menara 3 Petronas Persiaran, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 3:00PM – 3:00AM (Masa bergantung dengan pilihan antara Restoran Itali, Rooftop Bar dan Whisky Lounge)

Marini’s on 57 ialah sebuah restoran makanan mewah yang terkenal di kalangan golongan elit di Kuala Lumpur di mana restoran tersebut terletak di aras 57, Menara 3 Petronas. Restoran ini cukup dikenali dengan menu makanan Itali yang pelbagai, berserta dengan berbagai pilihan curut. 

Dilengkapi dengan hiasan mewah, Marini’s on 57 ialah sebuah restoran yang harus dikunjungi oleh para pelanggan yang ingin menikmati makan malam serba romantis bersama pasangan mereka dengan berlatarbelakangkan panorama indah Menara Berkembar KLCC dan bandar Kuala Lumpur. Layari laman web Marini’s on 57 untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan.

Atmosphere 360

Sumber Gambar: FB Atmosphere 360 

Alamat: Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11:30AM – 11:00PM

Antara 7 restoran dengan pemandangan cantik di Kuala Lumpur ialah Atmosphere 360 bertempat di Menara Kuala Lumpur atau KL Tower. Seunik namanya, Atmosphere 360 ialah sebuah restoran berputar dilengkapi dengan hiasan elegan bagi menaikkan suasana ketika menjamu selera.

Restoran unik tersebut menyajikan masakan tempatan Malaysia dan juga sajian antarabangsa dari pelbagai pelosok dunia. Atmosphere 360 dibuka setiap hari untuk makan tengahari, hi-tea dan makan malam yang berkonsepkan bufet, a la carte, serta koktel. Layari laman web Atmosphere 360 untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan.

Dinner In The Sky Malaysia

Sumber Gambar: FB Dinner In The Sky Malaysia

Alamat: 231, Bukit Bintang Street, Kuala Lumpur, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 6:30PM – 7:30PM / 8:00PM – 9:00PM

Nikmati peluang sekali seumur hidup dengan menjamu selera secara terapung di awan biru dengan ketinggian 50 meter anjuran Dinner In The Sky Malaysia. Bermula di Belgium sekitar tahun 2006, Malaysia ialah satu-satunya yang mempunyai restoran bertemakan ‘Dinner In The Sky’ di rantau Asia Tenggara.

Berkonsepkan dapur terbuka, para pelanggan akan disajikan dengan 3 hidangan mewah berlatarbelakangkan panorama indah bandar Kuala Lumpur. Bagi sesiapa yang mempunyai fobia terhadap ketinggian, adakah anda sanggup menerima cabaran untuk menjamu selera secara terapung di awan biru? Layari laman web Dinner in the Sky Malaysia untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan.

Thirty8 Restaurant, Bar & Lounge

Sumber Gambar: Grand Hyatt Kuala Lumpur 

Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 6:00AM – 1:00AM

Grand Hyatt ialah sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur yang cukup terkenal dengan ciri-ciri megah seperti sky lobby mereka di aras 39. Bertempat di aras 38 pula, Thirty8 @ Grand Hyatt ialah antara 7 restoran dengan pemandangan cantik di Kuala Lumpur dihiasi dengan siling tinggi berserta tingkap-tingkap besar.

Mempunyai suasana sedikit santai berbanding Marini’s, restoran Thirty8 ini menyajikan masakan Barat dan Cina. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan daging pipi lembu popular mereka! Layari laman web Thirty8 untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan.

Marble 8 Steak House & Fine Dining Restaurant

Sumber Gambar: FB Marble 8 on 56

Alamat: Petronas, Menara 3, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 12:00PM – 2:30PM (Makan tengahari) / 7:00PM – 11:00PM (Makan malam)

Restoran seterusnya dalam senarai 7 restoran dengan pemandangan cantik di Kuala Lumpur ini ialah restoran stik terkemuka bernama Marble 8 yang terkenal di kalangan penggemar-penggemar daging Wagyu Australia bertempat di Menara 3 Petronas.

Restoran ini sangat sesuai untuk para pelanggan yang inginkan suasana serba mewah dan romantis dengan berlatarbelakangkan pemandangan menarik bandar Kuala Lumpur. Oleh kerana restoran ini sentiasa penuh, pastikan anda tempah tempat duduk lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan. Layari laman web Marble 8 untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan.

Nobu Kuala Lumpur

Sumber Gambar: FB Nobu Kuala Lumpur 

Alamat: Menara 3 Petronas, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (Makan tengahari), 12:00PM – 2:00PM / Isnin hingga Ahad (Makan malam), 6:00PM – 10:30PM / Sabtu dan Ahad (Sky-High Tea), 1:00PM – 4:00PM 

Jika anda ingin menjamu selain daripada makanan Barat, Nobu KLCC ialah sebuah restoran Jepun mewah yang harus anda kunjungi. Termasuk dalam senarai 7 restoran dengan pemandangan cantik di Kuala Lumpur, Nobu KLCC menyajikan hidangan sashimi segar, sushi, tempura dan bermacam jenis masakan Jepun yang pasti membuatkan anda terpesona.

Hanya terletak di aras bawah Marini’s, Nobu KLCC juga mempunyai pemandangan indah bandar Kuala Lumpur untuk dinikmati para pelanggan mereka. Layari laman web Nobu Kuala Lumpur untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan.

Ingin menyambut hari istimewa bersama yang tersayang? Oleh itu, apakah pilihan restoran fine-dining anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah. Jangan lupa ikuti Jobstore.com juga untuk peluang pekerjaan baru, tip temuduga, dan pelbagai lagi!


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *