Anda mengetahui tentang kegiatan penipuan atau scam yang masih berleluasa pada zaman ini. Pelbagai cara dan modus operandi digunakan oleh kumpulan tidak bertanggungjawab dengan menggunakan janji-janji manis untuk memperdaya mangsa sambil “memerah” akaun bank anda kosong.
Kami tahu taktik mereka sangat licik! Begitu juga dengan komen spam yang melata oleh pengumpul duit syling (old coin collector) di laman media sosial, terutamanya di Instagram. Oleh itu, kami ada beberapa cara untuk anda mengelak daripada ditipu scammer.
Jangan panggil semula atau jawab panggilan antarabangsa yang tidak dikenali
Pada tahun 2017, terdapat peningkatan kes penipuan melibatkan panggilan dari nombor yang tidak kenali dari Maldives. Modus operandi tersebut dikenali sebagai Missed Call Wangiri, adalah satu cara di mana pemanggil akan membuat panggilan dalam satu nada dering sahaja, lalu terus memutuskan panggilan. Oleh itu, kami nasihatkan jangan memanggil semula atau jawab panggilan dari mereka kerana panggilan seperti ini memudahkan scammer mengakses akaun peribadi anda tanpa sedar.
Jangan kongsi maklumat peribadi
Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan dalam talian, kod CVV pada kad bank dan nombor TAC perlu anda simpan untuk kegunaan sendiri sahaja. Sekiranya pihak tidak bertanggungjawab meminta maklumat peribadi anda, lebih baik anda tamatkan panggilan atau interaksi tersebut.
Hubungi talian khidmat pelanggan
Sekiranya anda ada menerima panggilan yang mencurigakan berulang kali, catatkan butiran dan nombor berkenaan dan terus hubungi talian khidmat pelanggan untuk menyatakan segala butiran perbualan anda.
Gunakan app untuk mengenal pasti dan menyekat talian
Dengan bantuan teknologi yang semakin canggih, anda dapat menapis panggilan yang tidak kenali terlebih dahulu. Kami sarankan anda gunakan app Truecaller bagi mengenal pasti panggilan datang dari mana dan menyekat panggilan untuk mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa kes penipuan.
Semak akaun bank dikhuatiri terbabit dengan transaksi penipuan urus niaga online
Bagi anda yang gemar membeli barangan online, anda perlu membuat semakan sama ada akaun bank penjual pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya. Portal seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, SCAM.MY dan Tipu.my memudahkan anda untuk menyemak segala butiran penjual sebelum membuat transaksi bayaran.
BONUS: Troll the scammers!
Anda pernah membaca beberapa artikel tentang individu-individu berjaya troll scammers secara bijak serta menghiburkan ramai pembaca yang ingin tahu bagaimana untuk mengelakkan diri mereka dari kes penipuan! Sekiranya anda ingin menjadi individu yang lebih bijak dan dapat berfikir secara rasional, gunakanlah kreativiti anda untuk troll scammer !
Apakah cara anda untuk mengelakkan diri anda dari kes penipuan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaaan!
Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.
Reach me at sarah@jobstore.com.
online loans bad credit