2nd-interview

Cara Untuk Lulus Dalam Temuduga Kedua Anda!

Posted by
 

Sekiranya anda telah lulus dalam temuduga pertama dan diberi jemputan untuk temuduga seterusnya, anda menghampiri satu langkah untuk mencapai matlamat anda! Penting untuk ingat bahawa masih ada calon-calon yang lain juga layak dalam mendapat tempat di alam pekerjaan. Secara amnya, temuduga awal membantu interviewer untuk mengenal pasti calon yang sesuai dengan pekerjaan, manakala temuduga kedua pula membantu untuk menentukan sama ada calon mampu bekerja dengan baik bersama rakan sekerja dan pihak pengurusan.

Ingin tahu apa yang anda boleh jangkakan dalam temuduga kedua dan cara mempersiapkan diri untuk berjaya? Kami kongsikan segalanya untuk anda!

 

Apakah yang dijangkakan dalam temuduga kedua

Syarikat akan menilai potensi anda untuk menyumbang kepada syarikat dalam temuduga. Mereka akan menekankan soalan-soalan mereka tentang apa yang anda boleh lakukan untuk mereka selain apa yang anda telah lakukan semasa kerja sebelumnya. Anda akan perlu berfikir tentang kenapa anda mahukan pekerjaan itu, adakah anda akan bekerjasama dengan pengurus dan rakan-rakan kerja, kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan budaya syarikat untuk memajukan karier anda. Sekiranya anda ingin memberikan good impression kepada interviewer, cara yang paling mudah adalah bertanya soalan untuk mendapatkan informasi dan follow up dari informasi tersebut.

Contohnya:

  • Adakah syarikat ini membantu pekerja dengan upskilling atau reskilling untuk memperbaiki set kemahiran mereka?
  • Apakah kekuatan dan kelemahan syarikat ini?
  • Adakah mereka dapat meneroka dan belajar tentang jabatan-jabatan lain selain dari diri anda sendiri?
  • Adakah rangkaian arahan di syarikat ini fleksibel ataupun formal?

Anda mungkin tidak mendapat sebarang jawapan, namun soalan-soalan ini akan menunjukkan minat anda untuk mengetahui lebih banyak tentang organisasi dan tugas. Paling penting sekali, maklum balas dari interviewer boleh mengatakan banyak tentang syarikat serta keseluruhan pandangan umum.

 

Sediakan maklum balas kepada soalan-soalan temuduga

Majikan akan melihat sebarang tanda untuk menentukan sama ada anda merupakan individu yang betul dalam temuduga kedua. Anda perlu menjangkakan soalan seperti:

  1. Bagaimana anda berurusan dengan rakan sekerja yang bermasalah?
  2. Berikan satu contoh tentang teknik penyelesaian masalah anda.
  3. Apakah yang anda ingin capai dalam kerjaya anda?
  4. Terangkan style kerja anda.
  5. Sekiranya anda dapat kerja ini, apa yang anda ingin capai pada tahun pertama?
  6. Kenapa anda berminat dalam pekerjaan ini?

 

Tinjau kembali dari temuduga terakhir anda

Lihat kembali pada nota-nota yang anda ambil semasa temuduga pertama anda bersama interviewer. Ambil masa untuk review semula perkara-perkara utama secara teliti yang mungkin memberi manfaat semasa temuduga kedua anda. Ini akan membantu anda dalam merangkakan soalan yang bijak dan menjana perbincangan mendalam semasa temuduga.

 
Siapakah yang menemuduga anda?

Ketahui siapa yang menjadi interviewer untuk temuduga kedua. Mereka mungkin terdiri daripada pengurusan atasan atau ketua jabatan anda. Belajar lebih lanjut mengenai interviewer anda boleh membantu anda ketika merancang perbincangan anda untuk temuduga.

 
Tips untuk temuduga kedua
  • Fikirkan tentang apa yang anda tidak sebut dalam temuduga pertama anda. Ini merupakan peluang kali kedua untuk mengetahui lebih lanjut dari interviewers.
  • Padankan keperluan dan keupayaan kedudukan dengan set kemahiran dan keperibadian anda. Bagi setiap kekuatan yang anda telah dikenalpasti, berikan contoh-contoh bagaimana ada menggunakan untuk menempuh cabaran dan mencapai kejayaan.
  • Bersedia untuk beberapa interviewers di mana anda perlu memfokuskan jawapan anda bukan sahaja kepada individu yang bertanya soalan kepada anda. Eye contact anda juga penting kerana penilaian anda akan dipengaruhi sama ada anda mampu membina hubungan dengan interviewer.
  • Hantarkan e-mel susulan kepada semua interviewer yang anda telah lakukan sehari selepas temuduga. Jangan lupa untuk mendapatkan business contact dari semua. Dalam konteks e-mel pula, tuliskan sesuatu yang anda boleh kaitkan kepada perbualan bersama individu tersebut semasa temuduga. Ini akan menunjukan bahawa anda telah melakukan usaha tambahan bagi menunjukkan anda benar-benar ingin bekerja.

 

Pernahkan anda melalui temuduga kedua dan adakah ia berjalan lancar untuk anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *