Tahukah anda waktu terbaik untuk mencari kerjaya baharu adalah ketika anda masih bekerja? Dalam tempoh ini bakal majikan percaya anda dilengkapi dengan nilai tambah dan skil-skil terkini dalam bidang yang diceburi. Sekali gus menjadikan anda sebagai calon terbaik, menarik dan berpotensi untuk berada dalam senarai kakitangan mereka.
Namun, hasrat untuk bertukar kerjaya ketika masih dalam perkhidmatan bukan sesuatu yang mudah kerana ada beberapa halangan yang mungkin boleh menggagalkan usaha anda jika tersilap langkah.
Ikuti 8 tips di bawah bagi memastikan laluan anda untuk mengubah kerjaya berjalan lancar seperti dirancang.
Kunci mulut
- Rahsiakan segala aktiviti pencarian kerja termasuk panggilan temu duga daripada pengetahuan rakan sepejabat dan majikan. Kalau cerita ini sampai ke pengetahuan bos, mereka mungkin akan mula mencari pengganti anda. Tetapi jika ada pihak atasan yang bertanya secara peribadi mengenai perkara itu, jangan berselindung sebaliknya berterus-terang sahaja tentang tujuan berbuat demikian.Ā
Ā
Kemaskini profil LinkedIn
- Segelintir majikan akan meneliti profil calon menerusi saluran LinkedIn. Sentiasa kemas kini maklumat kerjaya dari semasa ke semasa. Tetapi jangan pula anda dedahkan tentang misi pencarian kerja baharu, bimbang dapat dihidu majikan sedia ada pula nanti.
Ā
Jangan memburukkan majikanĀ
- Prestasi kerja anda cemerlang tetapi masih belum dinaikkan pangkat? Tertekan dengan beban kerja yang berat?Ā Elakkan sebarang cerita negatif dalam sesi temu duga walaupun alasan utama anda mahu beralih arah itu berpunca daripada majikan. Memburuk-burukkan organisasi bukan jalan pintas untuk anda mendapatkan pekerjaan.Ā
Ā Jauhi penampilan luar biasa ke pejabat
- Simpan sut dan tali leherĀ di dalam kereta kerana penampilan kemas di luar kebiasaan akan membuatkanĀ orang di pejabat tertanya-tanya dan mengesyaki anda menghadiri temu duga.
Temu duga luar waktu kerja
- Rancang sesi temu duga di luar waktu bekerja sama ada ketika makan tengah hari, selepas tamat syif atau ambil sahaja cuti. Maklumkan kepada penemuduga yang carian kerja itu bersifat sulit, siapa tahuĀ mungkin mereka boleh menetapkan sesi khas untuk anda di luar waktu bekerja.Ā
Ā
Elak rakan sekerja/penyelia sebagai rujukan
- Jika salah seorang daripada mereka dihubungi bakal majikan pasti rahsia anda mencari pekerjaan baharu akan bocor. Kebanyakan majikan faham situasi anda dan cukuplah sekadar meletakkan maklumat bekas majikan sebagai rujukan.
Jangan guna alatan pejabat untuk cari kerja
- Elakkan penggunaan sumber kelengkapan pejabat seperti komputer, Internet, mesin faks dan telefon ketika mencari kerjaya baharu. Sebarang komunikasi hendaklah menggunakan gajet peribadi masing-masing.
Fokus pada kerjaĀ
- Disebalik kesibukan mencari peluang pekerjaan baharu jangan pula abaikan tanggungjawab pada kerja sedia ada. Ini mustahak sebagai tanda profesionalisme dan hormat terhadap majikan.
Semoga berjaya dalam pencarian kerjaya baharu anda. Sebarang pendapat kongsikanĀ di ruangan komen di bawah dan terus ikutiĀ Jobstore.com untuk pelbagai informasi terkini mengenai peluang pekerjaan dan gaya hidup.
Rosalinda is a content writer who writesĀ career-related and lifestyle contents in Malay language. Rosalinda has a sweet tooth and can’t resist ice-cream.
Reach me atĀ rosalinda@jobstore.com