Sikap bertangguh atau menunda bermaksud sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Ia adalah satu sikap yang sememangnya akan dilalui oleh semua orang kerana sudah menjadi kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri.
Antara sebab seseorang itu suka bertangguh adalah:
1. Membenci tugasan tersebut dan memilih untuk tidak melakukannya
2. Tidak memahami tugasan yang diberikan
3. Tidak yakin dengan kemampuan diri
4. Sedang melakukan sesuatu perkara yang lebih menarik dari tugasan tersebut
Bagi mengelakkan sikap suka bertangguh ini berterusan, ikuti 4 tips mudah ini.
1. Susun jadual
Anda akan lebih cenderung untuk melengah-lengahkan kerja jika anda tidak mempunyai jadual atau perancangan yang ditetapkan untuk menyiapkan kerja.
Ia juga boleh membantu agar anda kembali fokus sepanjang anda melakukan gerak kerja.
2. Kurangkan gangguan
Hadkan bilangan gangguan di sekeliling agar anda lebih fokus untuk menyiapkan tugasan.
Matikan telefon atau tukarkan ia ke dalam tetapan (setting) focus atau silent mode bagi mengelakkan ia menganggu anda untuk bekerja. Anda juga boleh cari tempat yang sunyi dan dengar muzik klasik atau bunyi yang menenangkan seperti bunyi hujan untuk minda yang lebih tenang.
3. Elakkan multitasking
Multitasking adalah skill untuk melakukan pelbagai jenis tugasan dalam satu-satu masa. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan anda menjadi tidak produktif, semakin bertangguh dan burnout!
Agihkan tugasan kepada bahagian yang lebih kecil. Sekiranya terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu.
4. Tetapkan mindset
Tetapkan mindset dan niatkan bahawa anda akan terus memajukan diri dan tidak akan bermalasan sehingga menyebabkan kerja bertangguh. Mindset dan niat yang jelas akan mendorong anda supaya lebih fokus.
Kalau perlu untuk anda berehat seketika, tetapkan waktu rehat anda antara 10 hingga 15 minit dari semasa ke semasa.
Artikel berkaitan: 5 Hack Produktiviti : Banyak Kerja Siap Tanpa Rasa Tertekan
Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com