Anda gemar beriadah di hujung minggu tetapi tiada teman atau pasangan? Jangan risau! Berikut kami kongsikan 5 tempat menarik di Kuala Lumpur sesuai untuk anda solo date atau ‘healing’ seorang diri.
1. Balai Seni Negara (National Art Gallery)
Sekiranya anda suka dengan kesenian, Balai Seni Negara adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda. Di sini terdapat pelbagai bahan pameran kesenian lama & moden yang anda boleh hayati maksud tersirat di sebaliknya. Ruangan pameran di sini juga sangat luas, moden, futuristik dan sangat eksklusif.
Lokasi Balai Seni Lukis Negara adalah berhampiran dengan Taman Tasik Titiwangsa dan Hospital Kuala Lumpur. Anda boleh ke sini dengan menaiki MRT dan turun di stesen Hospital Kuala Lumpur dan berjalan kaki sekitar 3 minit untuk sampai ke destinasi.
Bayaran masuk untuk ke sini adalah percuma dan waktu operasinya adalah pada setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
2. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara yang berkonsepkan perbankan dan kewangan serta kesenian mempamerkan pelbagai koleksi seni Bank Negara. Muzium yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar ini terbahagi kepada enam galeri pameran iaitu, Galeri Seni, Galeri Numismatik, Galeri Kewangan dan Perbankan Islam, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi dan Galeri Kanak-Kanak.
Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk menerokai hal-hal berkaitan perbankan dan melihat bahan-bahan pameran. Di Muzium ini juga, terdapat sebuah terowong di mana dindingnya dihiasi duit sebenar sebanyak RM 1 juta yang sangat Instagramable, sesuai untuk anda yang suka mengambil gambar dan muat naik di media sosial.
Untuk ke sini, anda boleh menaiki MRT atau LRT dan turun di stesen Bank Negara atau KL Sentral.
Bayaran masuk untuk muzium ini adalah percuma dan waktu operasinya adalah dari Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 5 petang (ditutup pada hari Isnin). Layari museum.bnm.gov.my untuk maklumat lanjut.
3. Taman Rama-Rama (KL Butterfly Park)
Dibina untuk menjadi taman perlindungan semula jadi serangga dan rama-rama, taman ini mempunyai lebih 6,000 rama-rama dari lebih 120 spesies untuk peminat-peminat unggas.
KL Butterfly Park merupakan taman kupu-kupu terbesar yang terdapat di Malaysia dengan keluasan 80,000 kaki persegi. Lokasinya teletak di Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana Kuala Lumpur.
Anda boleh menaiki LRT atau MRT ke stesen Pasar Seni dan menaiki Grab untuk ke sini. Ia dibuka pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja bermula dari jam 9 pagi hingga 4:30 petang.
Harga tiket adalah seperti berikut:
4. Teja Studio
Popular dengan bengkel batik, Teja Studio yang terletak di Malaysia Tourism Center, Jalan Ampang menawarkan khidmat bengkel seni dan kraf seperti mencanting dan mewarna batik pada bingkai, totebag dan topi. Selain mencanting batik, anda juga boleh pelajari cara membuat tie-dye T-shirt sendiri, resin dan coaster.
Setiap aktiviti mempunyai harga yang berbeza-beza. Layari mytejastudio untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai harga setiap aktiviti.
Anda boleh ke sini menaiki Monorail dan turun di stesen Bukit Nanas dan berjalan kaki beberapa minit sebelum sampai ke destinasi. Waktu operasinya adalah dari Selasa hingga Ahad bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang (ditutup pada hari Isnin).
5. Monster A Garden Cafe
Khas buat anda si pencinta kucing! Anda boleh berkunjung ke Monster A Garden Cafe yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Kafe ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang menyegarkan mata dan kucing-kucing yang montel. Kafe ini juga merupakan antara kafe yang popular dalam kalangan penggemar kafe-kafe hipster dan estetik.
Kafe ini didekorasikan dengan pelbagai jenis tumbuhan, kaktus, seni dan kraf yang moden dan unik. Vibes kafe ini juga sangat nyaman dengan gabungan warna earthy tone yang memberikan suasana selesa. Ia memang sesuai untuk anda yang nak solo date di sini.
Bayaran masuknya adalah percuma, tetapi anda perlu membeli salah satu menu yang disediakan di kafe ini.
Waktu operasinya adalah seperti berikut:
- Rabu – Jumaat: 10:30 pagi – 7 malam
- Sabtu – Ahad: 10:30 pagi – 6:30 pagi
Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com