Snek Sihat Untuk Dibawa Ke Pejabat

Posted by

Snek adalah hidangan ringan antara makan pagi dan makan tengah hari serta antara makan tengah hari dengan makan malam.

Lazimnya, pengambilan snek ketika waktu bekerja adalah disebabkan seseorang itu terlalu bosan, mengantuk dan mungkin juga kerana terlalu lapar. 

Pengambilan snek yang sihat sangat penting untuk mengurangkan rasa lapar yang berterusan dan menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan.
 

5 Snek Sihat Untuk Dibawa Ke Tempat Kerja

1. Kekacang

Snek Sihat Untuk Dibawa Ke Pejabat

Kekacang merupakan salah satu kudap-kudapan yang sihat dan senang untuk didapati. Kekacang seperti gajus, badam dan hazelnut boleh membantu menukar kandungan gula dalam darah kepada tenaga dengan berkesan. Kacang juga merupakan sumber serat yang membantu memelihara kadar gula agar lebih stabil apabila anda berasa lapar.

Artikel berkaitan: Manfaat Makan Kekacang, Menstabilkan Gula Dalam Darah & Menjaga Kekuatan Jantung

2. Yogurt

Snek Sihat Untuk Dibawa Ke Pejabat

Yogurt bukan sahaja baik untuk kulit tetapi juga memberi tenaga apabila anda berasa lemah. Hidangan lembut ini juga membantu anda untuk kekal fokus. Pilihan yogurt terbaik adalah yang berlemak rendah dan tidak dimaniskan (plain).

3. Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Snek Sihat Untuk Dibawa Ke Pejabat

Coklat akan membantu mengembalikan tenaga anda secara drastik. Coklat mengandungi bahan perangsang semula jadi yang dipanggil theobromine yang boleh meningkatkan kepantasan berfikir dan menambah tenaga otak.

Artikel berkaitan: 15 Kelebihan Dark Chocolate

4. Buah-buahan

Snek Sihat Untuk Dibawa Ke Pejabat

Buah-buahan adalah pilihan snek yang terbaik dan boleh diambil sebagai snek harian ketika di pejabat. Ia bukan sahaja membantu fungsi otak bahkan dapat memperbaiki mood anda.

5. Biskut

Snek Sihat Untuk Dibawa Ke Pejabat

Pilih biskut yang mengandungi gandum penuh (wholeweal) dan rendah lemak kerana ia membantu. Anda juga boleh makan biskut dengan mentega kacang yang kurang garam dan gula.

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *