Muzik Dan Kesannya Terhadap Produktiviti Di Tempat Kerja

Muzik Dan Kesannya Terhadap Produktiviti Di Tempat Kerja

Posted by

Muzik memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Setiap hari, hampir semua orang akan mendengar muzik termasuklah ketika di tempat kerja. 

Mendengar muzik di tempat kerja boleh menjadi satu pilihan yang baik dan juga mengerikan bergantung pada pilihan peribadi muzik seseorang. 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 3 kebaikan mendengar muzik dan kesannya terhadap produktiviti di tempat kerja.

1. Memberi keseimbangan kognitif

Muzik Dan Kesannya Terhadap Produktiviti Di Tempat Kerja

Menurut kajian, muzik dapat memberi rangsangan-rangsangan yang kaya dari segala aspek perkembangan secara kognitif dan kecerdasan emosi. Muzik juga dilihat sebagai satu terapi yang sangat baik untuk minda. Ia boleh membuatkan otak yang penat dan tepu menjadi kembali aktif.

2. Memberi kesan pada memori

Setiap hari pada waktu bekerja, terdapat banyak perkara dan maklumat penting yang perlu diproses dan diingati. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengingati semua perkara penting dalam satu masa yang singkat.

Kajian membukti bahawa muzik boleh membantu menguruskan tekanan, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan memori. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada jenis muzik yang dipilih untuk didengar. Walaupun ada kajian yang membuktikan mendengar muzik boleh memberi kesan pada memori, kesannya adalah berbeza-beza bagi setiap orang kerana setiap orang memiliki fungsi otak yang berlainan.

3. Meningkatkan produktiviti di tempat kerja

Muzik Dan Kesannya Terhadap Produktiviti Di Tempat Kerja

Muzik merupakan salah satu cara untuk mengekalkan produktiviti dan emosi seseorang di tempat kerja. Ia membantu menjadikan seseorang itu menyiapkan tugasan dengan lebih cepat dan bersemangat. 

Mereka yang mendengar muzik di pejabat mampu menyiapkan tugas dengan lebih pantas terutamanya apabila melakukan tugas seperti menyemak e-mel atau mengisi dokumen. Muzik rancak mampu memberi motivasi kepada pekerja untuk bekerjasama dengan lebih baik dan membuat keputusan secara berkumpulan dengan lebih positif.

Muzik dengan tempo perlahan dan lagu instrumental pula dapat mengubah emosi seseorang terutamanya apabila individu itu terlalu tertekan.

Ini membuktikan bahawa memilih muzik yang tepat akan meninggalkan kesan yang mendalam pada otak dan membantu memotivasikan seseorang. 

Semoga perkongsian kami kali ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *