Elon Musk Kongsi Tips Bekerja Secara Produktif

Elon Musk Kongsi Tips Bekerja Secara Produktif

Posted by

Elon Musk merupakan seorang jurutera, ahli perniagaan, pereka industri, usahawan teknologi serta jutawan yang bertanggungjawab mengasaskan pelbagai syarikat gergasi seperti Tesla, SolarCity, SpaceX, dan PayPal. 

Usahawan berusia 52 tahun ini telah menggariskan lima tips bekerja secara produktif yang diamalkannya untuk diterapkan kepada setiap kakitangan dalam memastikan sasaran syarikat dapat dicapai.

1. Mesyuarat besar-besaran hanya membuang masa

Elon Musk Kongsi Tips Bekerja Secara Produktif

Mesyuarat secara besar-besaran adalah kebiasaan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar dan selalunya ia akan menjadi semakin buruk.
 
Elon Musk menyarankan untuk membuang semua mesyuarat-mesyuarat besar, melainkan anda pasti dengan nilai yang dapat diberikan kepada seluruh pekerja daripada mesyuarat tersebut dan menjadikannya mesyuarat yang pendek.

2. Mesyuarat tidak sepatutnya dilakukan secara berkala melainkan ada perkara penting

Elakkan bermesyuarat terlalu kerap melainkan ada perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera. Kekerapan bermesyuarat perlu semakin berkurangan apabila perkara penting itu sudah diselesaikan.
 
3. Kalau anda tidak perlu berada dalam sesuatu mesyuarat, keluar
 
Keluar dari mesyuarat atau hentikan panggilan telefon sejurus anda sedar yang anda tidak menyumbang apa-apa nilai tambah. Tidak biadap untuk keluar, tetapi biadap untuk membuatkan seseorang terus duduk dan membuang masa mereka.
 
4. Jangan ikut peraturan bodoh
 
Daripada anda mengikut peraturan syarikat yang kadang kala boleh jadi mengarut dan tidak masuk akal, lebih baik anda gunakan akal (common sense) sebagai panduan apabila di tempat kerja.

 
5. Jika anda perlu berhubung dengan seseorang, lakukan secara terus
 
Elon Musk Kongsi Tips Bekerja Secara Produktif
 
Punca utama berlakunya isu di tempat kerja adalah komunikasi yang kurang baik. Cara terbaik untuk menyelesaikannya adalah dengan bercakap atau bertanya secara terus dengan individu yang anda sedang berurusan. 
 

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda masa akan datang.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *