Tips Untuk Kekal Bahagia Pada Masa Sukar

Tips Untuk Kekal Bahagia Pada Masa Sukar

Posted by
Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk bahagia. Walau bagaimanapun, ada kalanya pasti sangat sukar untuk anda mengawal emosi terutamanya pada masa-masa sukar sehingga anda tertekan dan akhirnya kemurungan. 
 
Mungkin sudah tiba masanya untuk anda belajar melepaskan semua perkara yang bukan milik anda dan yang membuatkan hati rasa resah dan tidak tenang.
 
Berikut kami kongsikan lima tips untuk anda kekal bahagia walaupun anda sedang mengalami masa-masa yang sukar. 
 
1. Kenal pasti apa yang membuatkan anda bahagia
Tips Untuk Kekal Bahagia Pada Masa Sukar
 
Kebahagiaan setiap manusia adalah berbeza-beza. Lain orang lain caranya untuk mencari kebahagiaan. Oleh itu, tiada sesiapa pun berhak untuk judge atau menghukum sesiapa dalam membuat apa saja perkara yang buat mereka rasa bahagia. 
 
Kebahagiaan boleh datang dalam pelbagai bentuk antaranya daripada persahabatan, keluarga mahupun cinta. Kebahagiaan anda sedikit sebanyak bergantung kepada orang di sekeliling anda. 
 
Walau bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk anda merasa bahagia walaupun sedang berada dalam masa yang sukar. Sebagai contoh, anda boleh lihat kanak-kanak di kawasan peperangan bermain sesama sendiri dan kisah tentang Perang Dunia Kedua di mana beberapa orang berhenti di satu tempat untuk menyanyikan lagu-lagu Krismas.
 

Semangat dalam diri menjadikan mereka mampu mencari kebahagiaan dalam penderitaan.

2. Bina kebahagiaan dan ketenangan sendiri

Tidak mustahil untuk seseorang itu membina kebahagiaan sendiri. Sebagai contoh, anda boleh bermain permainan komputer kegemaran, bermain bersama haiwan peliharaan mahupun meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Walau bagaimanapun perkataan bahagia bukan perkataan yang tepat dalam beberapa situasi sebaliknya ketenangan adalah istilah yang tepat.

3. Jangan tambahkan lagi punca kesedihan

Jangan melakukan perkara yang boleh merosakkan kebahagiaan anda. Salah satu daripadanya adalah penggunaan media sosial sepanjang malam atau membuatkannya sebagai perkara pertama yang dibuat pada waktu pagi.

Jadikan rutin menggunakan media sosial dan membaca berita terutamanya yang tidak baik, selepas mengambil sarapan dan bukannya menjadikannya perkara pertama yang anda lihat sejurus bangun tidur.

Anda juga dinasihatkan supaya jangan terlalu fikirkan hal kehidupan orang lain di media sosial. Contohnya, apa yang berlaku kepada artis kegemaran dan sebagainya. Tiada manfaat yang anda boleh dapat apabila anda terlalu menaruh emosi terhadap mereka yang tidak memberi apa-apa manfaat untuk anda.

4. Bantu orang lain

Apabila anda bantu orang lain, ia secara tidak langsung akan memberikan anda ketenangan dan keseimbangan yang diperlukan dalam hidup. Melakukan kerja-kerja amal atau sukarelawan juga mampu memberikan kebahagiaan kepada anda.

5. Pilih untuk rasa bahagia
Tips Untuk Kekal Bahagia Pada Masa Sukar
 
Kebahagiaan itu terletak pada pilihan masing-masing. Ramai yang mungkin sedang melalui fasa kemurungan. Tetapi anda tetap boleh bahagia jika anda memilih untuk rasa bahagia dan cuba untuk mengatasi kesedihan dalam diri.
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: The Star


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *