5 Aplikasi Yang Akan Memudahkan Pekerja Syarikat Anda!

5 Aplikasi Yang Akan Memudahkan Pekerja Syarikat Anda!

Posted by

Sistem pengurusan pekerja adalah sebahagian daripada tugas HR (human resource) dan anda sebagai majikan perlulah memantaunya. Ia meliputi pelbagai fungsi termasuk rekod pekerja, slip gaji, penjejakan masa, pengurusan tugas dan banyak lagi.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 aplikasi, perisian atau platform yang anda boleh guna untuk memudahkan pekerja syarikat anda termasuk HR dan juga anda sebagai seorang majikan!

1. Slack

5 Aplikasi Yang Akan Memudahkan Pekerja Syarikat Anda!

Selain aplikasi WhatsApp, alternatif lain yang sering diguna pakai oleh syarikat-syarikat lain adalah SlackSlack adalah sistem komunikasi yang dapat membantu mengkoordinasi tugasan harian pekerja-pekerja anda. Slack dapat diklasifikasikan sebagai platform perhubungan yang sangat fleksibel fungsinya.

Di Slack, mesej boleh dihantar secara terus kepada pekerja anda atau boleh juga disiarkan secara terbuka untuk dilihat oleh orang lain. Di Slack juga tersedia search filter yang komprehensif apabila hendak mencari dokumen atau data yang sudah lama ditinggalkan bagi tujuan rujukan atau olahan semula.

2. Asana

5 Aplikasi Yang Akan Memudahkan Pekerja Syarikat Anda!

Menyiapkan sesuatu projek mungkin boleh mengambil masa berhari-hari kerana perlu berkomunikasi dengan pekerja anda untuk memastikan tiada kesilapan teknikal dalam projek tersebut.
 
Asana menawarkan kemudahan pengurusan tugas antara pekerja dan majikan. Asana turut mempamerkan status senarai tugasan bagi memudahkan pekerja membahagi masa untuk menyiapkan sesuatu kerja.
 
Selain itu, layout kemas yang terdapat di dalam Asana juga akan menyenangkan lagi kerja pekerja-pekerja anda tanpa perlu merujuk kepada buku atau kalendar kerana semuanya boleh dilihat melalui komputer atau telefon bimbit.
 
Carta gantt juga boleh didapati pada versi premium Asana sekiranya anda hendak memberi komen tentang status projek yang dijalankan.
 
3. OneDrive dan Google Drive
5 Aplikasi Yang Akan Memudahkan Pekerja Syarikat Anda!
 
OneDrive adalah platform penyimpanan fail yang boleh menyimpan segala fail di satu lokasi dan mudah diakses oleh pekerja anda. 
 
Google Drive pula merupakan alternatif lain bagi penyimpanan fail dan dokumen. Untuk mendapat akses kepada aplikasi ini, anda hanya perlu menggunakan alamat Gmail yang sedia ada.
5 Aplikasi Yang Akan Memudahkan Pekerja Syarikat Anda!
 
Google Drive boleh diakses secara percuma dengan muatan fail sebanyak 15GB. Kedua-dua platform ini sangat praktikal dan mudah untuk digunakan oleh pekerja-pekerja anda.
 
Jika hendak menyimpan fail-fail yang bersaiz besar, aplikasi WeTransfer juga mempunyai fungsi yang sama dan mudah untuk digunakan seperti OneDrive dan Google Drive tetapi sesuai bagi menyimpan fail dan dokumen bersaiz besar.
 
4. Zoom
 
5 Aplikasi Yang Akan Memudahkan Pekerja Syarikat Anda!
 
Zoom adalah aplikasi yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat atau perbincangan bersama klien atau pekerja-pekerja anda yang bekerja dari rumah kerana ia membenarkan lebih daripada 10 orang pengguna membuat panggilan pada satu masa.
 
Selain itu, anda juga boleh berkongsi skrin komputer atau telefon dengan pemanggil lain. Ciri pada aplikasi ini sangat sesuai apabila terdapat sebarang pembentangan yang melibatkan aspek visual atau grafik.
 
5. HREasily
5 Aplikasi Yang Akan Memudahkan Pekerja Syarikat Anda!
 
HREasily memudahkan pekerja anda untuk memohon cuti, claim, semak penyata gaji, masa, kehadiran dan sebagainya dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa!
 
HREasily membantu menjimatkan masa anda dan pekerja-pekerja (termasuk HR) daripada perlu menyediakan kertas kerja yang banyak.
 
Sebenarnya, terdapat banyak lagi aplikasi percuma serta berbayar yang tersedia di internet yang semestinya berbaloi dan boleh digunakan oleh anda!

Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter). Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *