'Job Description Template' Untuk Pengurus Hotel

‘Job Description Template’ Untuk Pengurus Hotel

Posted by
Pengurus Hotel atau Hotel Manager adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengawasi operasi harian hotel, memastikan pengurusan yang cekap dan menyediakan hala tuju strategik. Pengurus Hotel bertanggungjawab menyelia kakitangan, mengurus belanjawan, melaksanakan strategi pemasaran dan mengekalkan pematuhan undang-undang dan garis panduan.
 
Pengurus Hotel menyelia kerja di semua peringkat, merancang aktiviti, mengurus belanjawan dan maklumat kewangan, membangunkan strategi pemasaran, berkomunikasi dengan pelanggan, menangani isu penyelenggaraan, bekerjasama dengan pihak luar dan menguatkuasakan piawaian kesihatan dan keselamatan.
 
Pengurus Hotel memainkan peranan penting dalam meningkatkan kepuasan pelanggan, memperluaskan pelanggan dan mengekalkan reputasi hotel.
 
Job description template untuk Pengurus Hotel ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Pengurus Hotel yang berpengalaman untuk mengawasi operasi harian hotel kami serta menyediakan hala tuju strategik. Anda akan merancang dan menyelia aktiviti untuk memastikan perniagaan perhotelan ini berjalan lancar dan menguntungkan.

Penting bagi Pengurus Hotel untuk terlibat dalam semua aspek operasi hotel. Anda akan bertanggungjawab untuk menangani aduan-aduan daripada pelanggan dan akan menyusun strategi serta menyediakan laporan. Anda akan menjadi orang rujukan utama untuk pekerja dan pelanggan serta vendor luar.

Pengurus Hotel perlulah membimbing pekerja untuk bekerja sebagai satu pasukan. Oleh itu, calon yang ideal adalah seseorang yang mempunyai sifat kepemimpin serta dapat menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja lain. 

Matlamatnya adalah untuk meningkatkan dedikasi pelanggan dan mengembangkan pelanggan kami dengan mengukuhkan reputasi hotel kami.

Tugas seorang Ahli Kimia termasuklah

  • Menyelia kerja di semua peringkat (penyambut tetamu, kakitangan dapur, pembantu rumah, pekerja pejabat dll.) dan tetapkan objektif yang jelas
  • Merancang aktiviti yang bersesuaian untuk mencapai objektif hotel
  • Mengurus belanjawan/perbelanjaan, menganalisis dan mentafsir maklumat kewangan dan memantau jualan dan keuntungan
  • Membangunkan dan melaksanakan strategi pemasaran yang intuitif dan cekap untuk mempromosikan perkhidmatan hotel
  • Berkomunikasi dengan pelanggan apabila sesuai (mengalu-alukan mereka, menyelesaikan aduan mereka, mencari penyelesaian kepada masalah, menawarkan maklumat dll.)
  • Menangani isu penyelenggaraan, kekurangan kakitangan atau peralatan, pengubahsuaian dsb.
  • Bekerjasama dengan pihak luar seperti pembekal, agensi pelancongan, perancang acara/persidangan dsb.
  • Memeriksa kemudahan secara berkala dan menguatkuasakan pematuhan ketat terhadap piawaian kesihatan dan keselamatan

Kemahiran dan syarat kelayakan yang diperlukan

  • Mempunyai pengalaman sebagai Pengurus Hotel atau peranan yang berkaitan
  • Kefasihan dalam bahasa Inggeris; pengetahuan bahasa lain adalah satu kelebihan
  • Memahami semua perkara berkaitan pengurusan hotel dan undang-undang serta garis panduan yang berkaitan
  • Pengetahuan kerja Microsoft Office; pengetahuan tentang perisian pengurusan hotel (PMS) adalah satu kelebihan
  • Mempunyai kemahiran khidmat pelanggan yang cemerlang serta mempunyai business mindset
  • Mahir membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
  • Multitasking dan boleh bekerja dengan di bawah tekanan
  • Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan peka terhadap perincian (attention to details)
  • Mempunyai Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Hotel/Hospitaliti atau bidang berkaitan

Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Hotel

Purata gaji bulanan untuk Pengurus Hotel di Malaysia adalah antara antara RM 4900 and RM 6000.
 
Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Hotel ini melalui Jobstore.com sekarang!
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *