Huraian kerja
Kami sedang mencari pakar dermatologi yang berpengalaman untuk menyertai pasukan perubatan kami.
Tanggunjawab utama anda adalah menilai keadaan kesihatan kulit pesakit dan menganalisis sejarah perubatan mereka. Anda akan memeriksa pesakit dan menentukan rawatan dermatologi (cth. ubat, pembedahan bukan invasif). Anda juga akan memantau dan melaporkan kemajuan rawatan dan merujuk pesakit kepada pakar lain jika perlu.
Untuk peranan ini, penting untuk anda mempunyai pengalaman bekerja sebagai pakar dermatologi tanpa pengawasan (termasuk menggunakan alat dermatologi seperti penebuk kulit, pengekstrak, dll.). Anda juga memerlukan lesen perubatan yang sah.
Tugas seorang Pakar Dermatologi termasuklah
- Menilai keadaan kulit pesakit
- Menilai dan mengemaskini sejarah perubatan pesakit
- Menyumpan rekod simptom pesakit
- Menganalisis semua maklumat mengenai keadaan kesihatan kulit
- Memberikan ubat
- Memaklumkan kepada pesakit tentang rawatan yang ada
- Memantau keberkesanan rawatan kulit
- Menjalankan pembedahan perubatanĀ
- Mendidik pesakit tentang penjagaan kulit
- Merujuk pesakit kepada pakar lain jika perlu
- Menghadiri persidangan dan seminar untuk mengetahui tentang teknik dan topik perubatan baharu
Kemahiran dan syarat kelayakan yang diperlukan
- Mempunyai pengalaman sebagai pakar dermatologi
- Mempunyai pengetahuan mendalam tentang pelbagai kaedah dermatologi
- Memiliki keupayaan untuk menganalisis maklumat yang kompleks
- Mempunyai kemahiran komunikasi aktif dan keupayaan untuk menerangkan istilah perubatan dengan berkesan kepada pesakit
- Memiliki personaliti yang tabah dan penyayang
- Seorang yang terperinci
- Memiliki lesen perubatan kebangsaan
- Ijazah dalam Sains Perubatan
Berapakah kadar gaji seorang Pakar Dermatologi?
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me atĀ hanis@jobstore.com