'Job Description Template' Penasihat Kecantikan

‘Job Description Template’ Penasihat Kecantikan

Posted by
Penasihat Kecantikan atau Beauty Advisor adalah individu yang menggunakan pengetahuan tentang kosmetik dan produk penjagaan kulit untuk membantu pelanggan mencari produk bagi memenuhi keperluan penjagaan kulit mereka.
 
Penasihat kecantikan juga bertindak sebagai jurujual dan wakil utama untuk syarikat dan produknya.
 
Job description template untuk Penasihat Kecantikan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Penasihat Kecantikan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami untuk membantu mereka memilih kosmetik yang betul.

Tanggungjawab Penasihat Kecantikan termasuklah menunjukkan teknik solekan, mencadangkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dan memaklumkan pelanggan tentang butiran produk, seperti bahan-bahan, kaedah penggunaan dan harga.

Anda juga akan membantu menaikkan jualan kami sambil mempromosikan produk kecantikan kami kepada pelanggan.

Tugas seorang Penasihat Kecantikan

  • Menyapa pelanggan semasa ketibaan mereka
  • Menunjukkan penggunaan solekan dan produk penjagaan kulit yang betul
  • Melakukan cross-sell untuk produk kecantikan, apabila sesuai (cth. serum, losyen badan dan produk penjagaan rambut)
  • Mengenal pasti keperluan pelanggan dan mengesyorkan kosmetik dan produk penjagaan kulit berdasarkan keutamaan mereka
  • Membantu pelanggan mencari produk yang diperlukan di kedai kami
  • Menerangkan kepada pelanggan cara menggunakan produk dengan betul
  • Menasihatkan pelanggan tentang cara menjaga kulit mereka
  • Memaklumkan kepada pelanggan tentang harga dan tawaran istimewa
  • Mengisi semula stok mengikut keperluan

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman bekerja sebagai Penasihat Kecantikan atau peranan yang serupa
  • Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan di retail store adalah satu kelebihan
  • Mempunyai pengetahuan yang luas tentang produk solekan, penjagaan rambut dan penjagaan kulit
  • Keupayaan untuk menunjukkan dan mempromosikan produk kecantikan di tempat kejadian (cth. cara menggunakan krim muka)
  • Memahami produk yang sesuai dengan jenis kulit yang berbeza-beza
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik
  • Keupayaan untuk kekal tenang terutamanya pada waktu puncak
  • Mempunyai Ijazah dalam Kosmetologi atau bidang yang berkaitan adalah satu kelebihan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Penasihat Kecantikan?

Purata gaji bulanan untuk Penasihat Kecantikan di Malaysia adalah antara RM 2,200 hingga RM 2,600.
 
Siarkan iklan huraian kerja Penasihat Kecantikan ini melalui Jobstore.com sekarang!
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *