'Job Description Template' Pengarah Kreatif

‘Job Description Template’ Pengarah Kreatif

Posted by

Pengarah Kreatif atau Creative Director adalah individu yang bertanggungjawab untuk pengiklanan dan pemasaran syarikat.

Seorang Pengarah Kreatif akan merancang iklan (advertisements), memantau kempen dan menyemak pembentangan (revise presentations) mengikut keperluan.

Job description template untuk Pengarah Kreatif ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengarah Kreatif yang berpengalaman untuk memberikan bimbingan dan idea kepada creative team kami dalam projek baharu yang akan dijalankan!

Tugas seorang Pengarah Kreatif termasuklah:

  • Menghayati dan melaksanakan konsep, garis panduan dan strategi dalam pelbagai projek kreatif dan mengawasinya sehingga selesai
  • Bekerjasama dengan Account Executive untuk mendapatkan pengetahuan tentang keperluan pelanggan
  • Mengarahkan dan memotivasikan art directors team, illustrator, copywriter dsb. untuk membantu menggunakan bakat mereka dengan berkesan
  • Memimpin sesi brainstorming untuk menjana idea
  • Menyemak semula kandungan dan pembentangan, luluskan/tolak idea, memberikan maklum balas kepada team
  • Melatih dan membimbing team 

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman sebagai Pengarah Kreatif atau dalam bidang yang sama
  • Mempunyai pengalaman dalam proses kreatif, pemasaran, reka bentuk grafik dan pembangunan jenama (brand development)
  • Mempunyai pengetahuan kerja yang sangat baik tentang perisian seperti Photoshop, Illustrator, InDesign dll.
  • Memiliki kemahiran kepimpinan dan organisasi yang cemerlang
  • Mempunyai kebolehan interpersonal dan analitikal yang boleh dicontohi
  • Memiliki Ijazah dalam pengiklanan, seni halus, reka bentuk atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengarah Kreatif?

Purata gaji bulanan untuk Pengarah Kreatif di Malaysia adalah antara RM5,000 hingga RM6,700.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengarah Kreatif ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *