'Job Description Template' Pakar Onkologi

‘Job Description Template’ Pakar Onkologi

Posted by

Pakar Onkologi atau Oncologist adalah individu yang menyediakan rawatan perubatan kepada pesakit yang didiagnosis dengan kanser.

Job description template untuk Pakar Onkologi ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pakar Onkologi untuk menyertai team kami dan membantu mendiagnosis, merawat dan menjaga pesakit yang didiagnosis dengan kanser.

Tanggungjawab Pakar Onkologi termasuk berunding dengan pesakit tentang pilihan rawatan, memimpin pelan rawatan kanser, dan merawat pesakit dengan terapi sinaran (radiation therapy) apabila diperlukan.

Anda akan bekerjasama dengan pesakit dan keluarga mereka untuk membantu mendiagnosis dan merawat pelbagai jenis kanser.

Tugas seorang Pakar Onkologi termasuklah:

  • Merawat pesakit dengan terapi sinaran (radiation therapy)
  • Membantu pesakit dengan pengurusan kesakitan (pain management)
  • Melakukan operasi pembedahan untuk membuang tumor dan menentukan sama ada kanser telah merebak dari titik permulaan asal
  • Melaksanakan tugas pentadbiran seperti menyimpan rekod keputusan ujian, menulis preskripsi, menyediakan maklumat kanser kepada pesakit dan memantau pelan rawatan

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman kerja sebagai Pakar Onkologi atau jawatan yang berkaitan
  • Pengetahuan kerja yang menyeluruh dan terkini tentang kanser dan pilihan rawatan kanser
  • Mempunyai kemahiran teknikal untuk mengendalikan peralatan dan alatan perubatan yang berkaitan dengan rawatan kanser
  • Mempunyai kemahiran komunikasi, interpersonal dan kepimpinan yang baik
  • Mempunyai pendidikan yang berkaitan sebagai Pakar Onkologi

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pakar Onkologi?

Purata gaji bulanan untuk Pakar Onkologi di Malaysia adalah antara RM10,000 hingga RM17,000

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Artikel berkaitan: ‘Job Description Template’ Pakar Radiologi

Siarkan iklan huraian kerja Pakar Onkologi ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *