9 Rahsia Jadikan Kopi Anda Lebih Sihat

9 Rahsia Jadikan Kopi Anda Lebih Sihat

Posted by

Kopi merupakan antara kegemaran hampir semua orang di dunia dan kopi mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, secawan kopi yang dicampur dengan gula akan meningkatkan jumlah kalori yang sedia ada. 

Berikut adalah sembilan rahsia untuk jadikan kopi anda lebih sihat.

1. Jangan minum ketika perut kosong

Minum kopi ketika perut masih kosong adalah amalan yang tidak sihat kerana ia boleh mencetuskan pedih ulu hati dan meningkatkan kadar denyutan jantung, kadar kebimbangan serta ketidakupayaan untuk memberi tumpuan. 

Artikel berkaitan: Kenapa perlu elak ambil kopi ketika perut kosong

2. Tambah kayu manis

Gantikan pemanis kepada serbuk kayu manis atau kulit kayu manis. Kayu manis dipercayai membantu mengurangkan keradangan di seluruh badan dan menstabilkan kadar gula dalam darah. 

Walau bagaimanapun, letakkan kayu manis dalam kuantiti yang sedikit jika tidak mahu berlakunya kesan sampingan yang lain.

3. Jangan tambah gula

Menambah gula ke dalam kopi anda adalah salah satu keputusan terburuk dalam diet moden. Ini kerana, jumlah fruktosanya yang tinggi adalah penyebab berlakunya pelbagai penyakit serius seperti obesiti dan diabetes.

Gantikan penggunaan gula dengan pemanis semula jadi seperti stevia.

4. Elakkan penggunaan krimer

Kopi yang dicampur dengan krimer adalah tidak sihat kerana ia mengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca kepada masalah pengerasan saluran darah (atherosklerosis) yang akhirnya boleh menyebabkan masalah penyakit jantung.

Gantikan penggunaan krimer dengan menggunakan susu yang dicampur dengan satu sudu teh madu. Susu adalah bahan alternatif yang lebih baik kerana ia mengandungi kalsium yang dapat mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.

5. Pilih jenama kopi yang berkualiti

Biji kopi akan disembur dengan racun perosak sintetik dan bahan kimia lain yang tidak diperlukan oleh manusia. Sekiranya anda bimbang tentang kandungan racun perosak kopi anda, pertimbangkan untuk membeli biji kopi yang organik. Ia perlu mengandungi sejumlah kecil racun perosak sintetik.

6. Hadkan pengambilan kopi

9 Rahsia Jadikan Kopi Anda Lebih Sihat

Pengambilan kopi secara berlebihan akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit lain antaranya jantung berdegup kencang, migrain, tekanan darah meningkat, sukar untuk fokus dan sebagainya

Artikel berkaitan: Berhenti Ambil 7 Makanan Ini Kalau Anda Tak Nak Alami Sakit Kepala

7. Tambah koko

Menambah koko ke dalam kopi adalah satu pilihan yang bijak kerana kopi kaya dengan kandungan antioksidan dan boleh mengurangkan keradangan.

8. Elakkan pengambilan kopi selepas 2 petang

Pengambilan kopi pada waktu yang lewat (selepas 2 petang) akan mengganggu tidur anda. Kitaran tidur yang tidak sihat dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan.

9. Minum kopi hitam

9 Rahsia Jadikan Kopi Anda Lebih Sihat

Kopi hitam, kopi pahit atau juga dikenali sebagai kopi o mempunyai kurang daripada 10 kalori setiap 8 auns cawan. Sekiranya anda ingin mengurangkan jumlah kalori, anda boleh sediakan kopi hitam tanpa menggunakan bahan tambahan seperti gula.

Artikel berkaitan: Manfaat minum kopi hitam

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *